Berikut temuramah wartawan Mstar dengan akak Ogy kita yang terkenal dengan keletahnya di corong radio.Walaupun gossip panas melanda tetapi beliau tetap ingin meneruskan perjuangan yang ada demi anak-anak tersayang.
Insyaallah, selepas raya saya akan lancarkan koleksi tudung jenama sendiri, Ogy by Fauziah Ahmad Daud dan koleksi pakaian kanak-kanak berjenama Che Mina," katanya yang turut mengupah seorang pereka fesyen baru untuk koleksi pakaian kanak-kanaknya.
Pelakon yang terkenal dengan filem Azura ini juga memberitahu salah satu sebab dia lebih cenderung kepada bidang perniagaan ialah ingin menumpukan perhatian kepada anak angkatnya Nur Aminah Aishah.
"Anak saya sedang membesar dan semakin perlukan perhatian, jika saya berlakon tentu susah untuk menjaga dia. Tapi jika saya berniaga saya boleh bawa dia sekali."