Ogos 15, 2010

Acha Jawap Gossip Hubunganya Dengan Kerabat !!

 “Memang kami berkawan tapi tidak ke tahap bercinta,” kata pelakon dan penyanyi terkenal Indonesia, Acha Septriasa, 21, mengulas khabar angin dia bercinta dengan seorang kerabat diraja negara ini.


Menurut pelajar jurusan filem dan seni layar, Universiti Teknologi Kreatif Lim Kok Wing, Cyberjaya, hubungan yang terjalin tidak lebih sebagai kawan.

“Soal jodoh bukan kita tentukan. Saya menjalinkan hubungan baik dengan mereka bukan kerana saya bercinta dengan seseorang dalam keluarga itu.


“Tidak salah berkawan dan mempunyai ramai kenalan. Lagipun, saya sudah memikirkan untuk bergiat aktif dalam industri seni di Malaysia. Jadi, peluang berada di sini saya pergunakan sebaik mungkin dengan meramaikan kenalan dan meluaskan pengalaman,” katanya kepada Metro Ahad.



Zoom: Kalau sudah ada niat kahwin saja dong :)