Julai 31, 2010

Luahan Zahid Putus Cinta Dengan Nita !!

Akhirnya si pemuda bernama Zahid AF ni mengaku mereka berdua sudah tidak mempunyai hubungan lagi.Walaupun sudah ramai sedia maklum tetapi Zoom sekadar ingin berkongsi dengan anda semua bahawa hubungan tidak akan selesai jika tidak berakhir di jinjang pelamin..Dan pelamin indah tidak akan kemana jika layang-layang terputus di atas awan.

“memang kami berdua dah tak ada jodoh. Orang bercinta tujuh, sembilan tahun pun boleh putus, orang yang dah kahwin pun boleh cerai, inikan pula hubungan kami.
“Hubungan kami berakhir pada 28 Jun yang lalu. Kami putus pun melalui Blackberry Messanger (BBM). Apa yang boleh saya katakan, ajal, maut, jodoh dan pertemuan semua di tangan Tuhan.
“Kalau boleh saya nak simpan segala kenangan manis kami bersama. Kalau banyak cakap, nanti ada pula pihak yang tak senang hati.”
“Biasalah. Mana-mana perhubungan pun, pasti ada yang bergaduh. Dua minggu sebelum kami putus, kami ada bergaduh, tapi tak ada lah teruk. Mungkin dah sampai masa hubungan kami berakhir.” (dipetik dari gua.com.my)