Julai 21, 2010

Komen Norman Dan Memey Mengenai Perkahwinan Mereka Di Tangguhkan

Inilah luahan pasangan yang tengah bahagia dan akan mendirikan mahligai indah mereka, namun desas desus yang mengatakan keretakan hubungan mereka berduan terutamanya ketika penanguhan perkahwinan yang sepatutnya berlangsung pada 24 Julai ni.Baca je la... k

Kata Memey: "Bila isu ini keluar, Norman banyak memberikan nasihat kepada saya supaya bersabar. Ujar Norman, kalau nak hantar sebarang SMS atau lakukan apa sahaja, perlu banyak berfikir sebab orang lain mungkin berfikir benda yang tidak sama seperti kita fikirkan," ujar Memey yang selesa memanggil Norman dengan panggilan 'abang'.



Kata Norman: "Kita sekarang cuba usahakan lepas raya. Sudah hampir dua tahun saya melalui hidup sebagai ayah tunggal. 'I want to move on.' Saya inginkan satu 'improvement' dalam hidup saya. Sekarang ni saya rasa 'stagnant', 'stuck'. Saya rasa hidup tak tenteram, tak aman. Ada teman yang menasihatkan saya, sebelum saya nak fokus pada apa-apa, saya kena 'settle'-kan dulu semua benda-benda ni. Institusi keluarga itu penting bagi saya sebab itu saya tak pernah terlepas doa agar benda yang baik dipercepatkan. Tapi kadang-kadang bila kita nak pergi ke benda yang elok kami diberi pelbagai cabaran." -Gua