Cerita terbaru mengenai Isteri pelakon Badrul Muhayat iaitu Julia Daud, beliau nekad meminta cerai kerana perangai Badrul Muhayat yang tidak serik dan mengabaikan dia dan anak.Berikut komen beliau dengan wartawan mstar semalam.
“Saya tetap mahu menuntut cerai dengan dia kerana sudah tidak tahan lagi dengan perangainya. Kali ini saya nekad,” katanya kepada Mstar Online ketika dihubungi di sini, Khamis.
Menurut ibu kepada dua orang anak ini, dia sudah ke Pejabat Agama Islam Hulu Langat, semalam, untuk membuat tuntutan cerai kerana ia merupakan jalan yang difikirkan baik bagi menyelesaikan kemelut yang berlaku.
"Saya sudah ke pejabat agama dan nekad untuk bercerai. Kali ini saya tidak mahu mendapatkan apa-apa kaunseling lagi kerana saya benar-benar sudah serik dengan apa yang dia lakukan kepada saya dan anak kami selama ini,” katanya.Jelas Julia dia layak untuk membuat tuntutan cerai kerana sudah tiga bulan suaminya tidak pulang ke rumah, gagal memberi nafkah anak dan sering memukulnya.