Jun 04, 2010

Mariah Carey Pregnant !!!

PENYANYI Mariah Carey dikatakan sedang mengandung, menurut laporan media.
Satu laman web tentang gosip selebriti mendakwa sumber terdekat kepada Mariah dan suaminya, Nick Cannon memberitahu pasangan itu berkongsi tentang berita gembira itu.


"Mereka sangat teruja dan gembira," menurut sumber itu.
Seorang wakil Mariah tidak menafikan bahawa penyanyi itu sedang mengandung.
"saya tidak boleh mendedahkan maklumat Mariah buat masa ini," katanya.


Diva pop berusia 40 tahun itu mencetuskan spekulasi baru-baru ini bahawa dia hamil apabila menarik diri daripada membintangi filem For Colored Girls Who Have Considered Suicide When the Rainbow Is Enuf.