Mei 21, 2010

Yasmin Hani Berserah Pada Takdir Mengenai Perkahwinan

Kalau semuanya diserahkan kepada Takdir sampai bila nak kahwin dik oiiiii...!!! Ikuti luahan anak gadis ini mengenai soal perkahwinannya.Jangan Harapkan Perigi Mencari Timba je...



Jelita dan berpendidikan tinggi. Namun itu bukanlah jaminan Yasmin Hani untuk bertemu pasangan hidupnya. Pernah gagal membina bahagia dan masih menanti seseorang melengkapkan hidupnya. Hani tekad menyerahkan soal jodoh kepada Yang Maha Esa tanpa terlalu memikirkan siapa yang bakal bertakhta di hatinya.


"Tak semestinya yang cantik akan kahwin dulu. Saya pun kalau boleh nak kahwin dalam masa terdekat tapi kena carikan jodoh untuk saya lah (ketawa). Insyaallah kalau bertemu jodoh, semuanya akan berjalan ikut perancangan.

"Setakat ini saya belum bertemu lagi pujaan hati walaupun telah setahun bersendirian. Saya bukanlah wanita yang memilih sebab kalau ikutkan banyak juga boyfriend saya dulu (ketawa).
"Dulu saya pernah target akan kahwin before 27 tahun tapi impian saya tak tercapai so sekarang biarlah semua berjalan dengan sendiri. Mak saya sendiri pun dah penat nak tanya soalan yang sama. Mungkin Allah lebihkan karier tapi lambatkan jodoh saya," katanya.


Sahabat baiknya, Dynaz, Sazzy Falak dan Aishah Sinclair bahagia bersama pasangan masing-masing, namun Hani masih selesa bersendirian. Tidakkah pernah terbit perasaan cemburu melihat kebahagiaan mereka?


"Saya tak rasa terasing walaupun kawan-kawan yang lain sudah berkahwin kerana kami semua rapat. Kehidupan saya sangat seronok dan selalu rasa disayangi. Mereka ada juga perkenalkan dengan rakan lelaki yang lain namun tak menjadi. Biarlah saya fokuskan karier dulu," tambah gadis kacukan ini.