Berikut cerita D.CT mengenai cerita ini:.
"Pada mulanya Siti dan rakan kongsi agak terkejut dengan berita itu dan ternyata usaha kami terbayar selama ini. Dengan anugerah ini diharap dapat menaikkan lagi semangat Siti untuk memperluaskan empayar produk SimplySiti," katanya.
Menurut Siti lagi, dengan penganugerahan itu dapat menutup mulut sesetengah pihak yang meragui status halal dan kebersihan produk keluaran syarikatnya.
"Apabila mendapat status produk halal terbaik itu diharap produk ini akan lebih diterima ramai kerana ia telah terbukti Halal dan bersih.
"Sudah tentu produk yang dikeluarkan mendapat kelulusan daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan dengan anugerah ini diharap dapat meyakinkan lagi orang ramai terhadap produk ini," katanya.
Jelasnya, misinya kini satu, ingin menjadikan produknya sebaris dengan jenama antarabangsa yang lain dan akan melipat gandakan usaha untuk mencapai misinya itu.