Mei 28, 2010

Hafiz AF7 Sayangkan Rambut Afro !!

Kesian....macam-macam cerita mengenai Juara Akademi Fantasia 7 ni berambut pendek., jum kita baca cerit beliau mengenai rambut pendek dan Afronya...!!!



"Kenapa potong rambut? Sebab rosak. Semasa persembahan, mereka sembur pada rambut saya. Dan rambut saya menjadi split-end. Jadi, saya mengambil keputusan untuk memotongnya.
"Of course, saya sayangkan rambut panjang nie. Sebab kiranya ia macam trademark saya. Dalam perancangan, saya akan simpan baliklah," kata Hafiz.


Rambut Hafiz kelihatan mulai panjang sedikit berbanding penampilan rambut pendeknya sewaktu Diari Akademi Fantasia 8 suatu ketika dulu.
Sebelum ini, Hafiz pernah berkongsi petua menjaga rambutnya dengan media iaitu menggunakan syampu setiap hari.


Bagaimanapun katanya, syampu itu mesti daripada jenama yang berbeza-beza.
Nampaknya Hafiz terpaksa akur petuanya tidak dapat menghalang bahan kimia semburan merosakkan rambutnya.
Apa pun, kita nantikan wajah asal Hafiz yang berambut afro.