April 17, 2010

Shera dan Shahz tengah bercinta !!

Anak muda zaman sekarang biasalah...Tanpa percintaan pastinya hidup tak sempurna kot.Ntah la Zoom pun takda la expert sangat mengenai cintan2 ni..Apa-apa pun  baca je la cerita anak muda ini.



“Saya memang suka dengan Shera, kalau boleh saya tidak mahu perhubungan kami berdua hanya sekadar kawan. Saya mahu lebih daripada itu,” luah Shahz.

Memandangkan Shahz sudah berterus-terang tentang isi hatinya, bagaimana pula dengan Shera? Apabila diajukan persoalan itu, Shera hanya mampu tersenyum sambil mencari kata-kata yang sesuai.

"Kami rapat. Dia seorang lelaki yang baik, merendah diri, prihatin, 'caring' dan 'soft-spoken'. Saya suka berkawan dengan dia. Nak cakap lebih-lebih saya tak berani. Tetapi jika selesa, mengapa tidak?

"Jika benar-benar serius hubungan kami, kami akan dedahkannya. Tapi untuk sekarang, memang terlalu baru," kongsi Shera tentang perhubungannya dengan Shahz yang terjalin sejak enam bulan lalu.

Buat peminat Shera yang tertanya mengapa kelibatnya sudah lama tidak kelihatan di ‘Wanita Hari Ini’, pengacara MyTV3 ini memberitahu ia disebabkan keadaan kesihatannya yang tidak mengizinkan.

Bercerita tentang pengalaman pertamanya menjalani penggambaran, Shera memberitahu ia sesuatu yang memenatkan kerana perlu banyak menunggu. Ditambah pula waktu penggambaran yang adakalanya melihat dia hanya melelapkan mata pada pukul 7 pagi.

Tetapi diakui banyak yang dipelajari dalam tempoh beberapa hari itu serta dapat berkenalan dengan ramai kawan baru.

"Dari segi lakonan, komen yang saya terima daripada pengarah, sebagai seorang 'first timer' kira okay tetapi banyak lagi yang saya kena belajar. Dari segi ekspresi muka, contohnya, saya masih lemah."