April 04, 2010

Marshanda ingin kahwin muda!

MELIHAT teman baiknya, Nia Ramadhani bakal menikahi Ardie Bakrie pada awal April ini, pelakon Marshanda jadi teruja untuk bernikah pada usia muda.

"Melihat Nia berkahwin muda dan nampak sangat bahagia, ia mendorong saya untuk melakukan hal yang sama (kahwin muda)," ujar Marshanda.


Akui Marshanda yang senang dipanggil Chacha, sebenarnya dia sama sekali tidak menyangka sahabatnya itu memilih untuk bernikah pada usia muda. Katanya: "Mungkin kerana dia sudah menemukan belahan jiwanya. Saya juga lihat Nia tambah dewasa."


Paling mengesankan bagi Chacha tentang perkahwinan sahabatnya itu adalah ketika proses Nia harus meminta izin bertulis daripada keluarganya untuk berkahwin pada usia 21 tahun.


"Saya mendoakan agar Nia dan Ardie bahagia selamanya. Semoga mereka mendapat rahmat sepanjang perkongsian hidup bersama," katanya penuh harapan.