Menurut Haliza, dia tiada niat untuk menyeksikan diri. Alasannya, dia gagal membaca fikiran pengarahnya, Din CJ ketika melakonkan babak yang memintanya memakai gaun seksi itu.
“Saya tiada niat untuk menyeksikan diri. Waktu itu saya tiada gambaran syot bagaimana yang diinginkan oleh pengarah. Kalau saya tahu dia mahu ambil syot dari atas, sudah tentu saya tak akan pakai (gaun).
“Jika rasa babak itu keterlaluan, Lembaga Penapisan Filem (LPF) akan memotong (babak yang tidak sepatutnya) tetapi filem ini lulus bersih,” ujar penerbit dari Big Productions Sdn Bhd itu.