Mac 23, 2010

Lindsay Lohan Dilarang Masuk Ke India

Lindsay Lohan, artis yang terkenal ini adalah antara artis yang tidak dialu-alukan kehadirannnya di India dan Los Angeles. Penyanyi ini dilarang masuk ke India dan visanya juga diharamkan kerana pernah terlibat dengan sebuah dokumentari mengenai buruh kanak-kanak di India pada Disember lalu.
Penyanyi ini hanya masuk ke India dengan menggunakan visa pelancongan. Di bawah undang-undang India, visa kerja tidak boleh digunakan untuk kegiatan melancong. 

Dia juga tidak disukai kerana menjalankan aktivis sosial di India untuk membebaskan pekerja kanak-kanak di Delhi.
Lindsay tidak berada di tempat kejadian semasa 40 pekerja kanak-kanak telah diselamatkan daripada tempat kerja itu. Selain negara India, aktres itu juga tidak dibenarkan datang ke Los Angeles.