Mac 24, 2010

Klip video Lady Gaga dalam "Telephone"



Gossip mengenai Klip Video Lady Gaga semakin menjadi perhatian oleh pelawat laman web di Malaysia dan seluruh dunia amnya.Kerana fesyen dari kaki hingga ke hujung rambut membuatkan beliau menjadi salah seorang artis yang menjadi dikenali diseluruh dunia.


Penyakit Lady Gaga yang suka menukar pakaian nampaknya telah merasuk ke dalam klip video lagu terbaru Lady Gaga bertajuk Telephone.Bagaimanapun ini bukanlah kali pertama penyanyi berusia 23 tahun itu berbuat demikian kerana dalam beberapa klip videonya yang terdahulu, terutama sekali Bad Romance, Lady Gaga atau nama sebenarnya Stefani Joanne Angelina Germanotta telah memecahkan tradisi .


Setiap inci pakaian, aksesori, dandanan rambut, solekan wajah sehingga ke kasutnya juga telah diberi perhatian dengan pendekatan berbeza agar penampilan penyanyi kelahiran New York itu, sentiasa  kelihatan keterlaluan, over the top (OTT) dan juga pelik.


Kali ini, menerusi Telephone yang telah dilancarkan pertengahan Mac lalu, Gaga telah menukar bukan saja 2, mahupun 5, sebaliknya 12 persalinan berbeza dari mula sehingga tamatnya klip video yang berlatar belakangkan kehidupan di dalam penjara wanita itu.
Di mulakan dengan babak ketika dia di heret ke dalam penjara. Gaga nampak mempesona dengan fesyen rekaan 80-an di mana corak belang hitam putih telah membayangi seluruh ahli penjara wanita yang menyedari kemunculan individu inter-persona itu.


Klip video arahan Jonas Akerlund iaitu pengarah yang sama bagi klip video Paparazzi itu juga cukup menarik kerana kali ini Gaga telah menggayakan cermin mata yang diperbuat daripada putung rokok yang sedang menyala.


Malah ketika babak pergaduhan di penjara, dandanan rambut Gaga telah digayakan daripada tin minuman kosong yang sekali lagi telah menyaksikan kelainan tersendiri, apatah lagi ia tidak pernah dibuat oleh sesiapa.


Sukakan gaya anggun dan mewah? Gaga juga tidak mahu ketinggalan. Imej bertopi besar gaya wanita Amerika yang kaya telah menjadi persalinannya saat dia meninggalkan penjara sebelum bertemu mentornya , Beyonce yang dipanggilnya Honey B dalam klip video berkenaan.
Menerusi Telephone, Beyonce hanya tampil di tengah-tengah lagu, dimana dia bertindak sebagai penjamin yang membawanya keluar dari penjara untuk menuntut bela dengan lelaki yang menyusahkan hidup Gaga.


Kerana kolaborasi istimewa yang telah berjaya mendapat sambutan hangat daripada peminat,  Gaga dilaporkan telah merakamkan setinggi-tinggi  penghargaan kepada penyanyi Halo itu menerusi laman Twitter miliknya. 


Semarak 'fashionista' Gaga dan Beyonce dipelbagaikan lagi ketika paduan tarian mereka berdua, bersama-sama 2 persalinan berbeza yang diinspirasikan daripada warna bendera Amerika Syarikat dan olahan solekan seperti animasi retro popular, Jem.


Sukar juga untuk melupakan satu lagi persalinan inovatif pelayan restoran yang digayakan Gaga bersama aksesori berbentuk telefon menghiasi kepalanya.
Telephone yang merupakan single terbaru Gaga menerusi album keduanya, The Fame Monster telah mendapat tempat di hati peminat dan menduduki carta teratas di beberapa negara termasuk United Kingdom.


Lagu itu pada asalnya, dicipta khas buat Britney Spears, bagaimanapun pertama kalinya telah dinyanyikan Gaga ketika 2010 Brit Awards semperna memperingati pemergian mendiang pereka fesyen kegemarannya, Alexander McQueen.
Saksikan klip video menyengat Gaga dan Beyonce di dalam laman YouTube.