Pastinya ada yang teringin untuk memiliki wajah secantik watak mitos popular, Snow White. Namun bagi pelakon dan penyanyi muda berbakat, Diana Danielle, 19, dia cukup beruntung kerana kecantikan yang dimilikinya telah disama ertikan dengan karektor ikon berkenaan menerusi kempen produk penjagaan wajah, Nanowhite. Lihatlah betapa jelitanya Diana. Kelembutan dan keaslian personalitinya sambil bermain-main bersama unggas hutan.