Mac 07, 2010
(Cerita Artis) Abby Fana Selami Lelaki Yang Ditinggal Isteri
Selalu kita dengar si suami tinggalkan isteri, tetapi program yang dikendalikan oleh Abby Fana ini berlainan pula, ini kerana beliau sebagai pengacara akan cuba menyelami perasaan hati lelaki yang ditinggalkan isteri.
"TV3 berharap inisiatif program ini menerima sambutan yang baik dari para penonton khususnya golongan wanita dan golongan lelaki amnya HATI LELAKI adalah lebih peribadi yang membabitkan masalah dalam diri lelaki serta mampu menyentuh hati nurani penonton,” jelasnya.
Selama 13 episod bersiaran, Abby Fana akan membincangkan topik bersama tetamu undangannya di studio yang berinspirasi “lelaki” untuk mewujudkan suasana yang santai dan lebih tenang. Program tersebut turut menggunakan kamera tersembunyi bagi memudahkan tetamu untuk meluahkan rasa hatinya kepada pengacara tanpa kehadiran pihak ketiga.
Pelbagai topik akan diutarakan dalam Hati Lelaki antaranya menyelami perasaan lelaki yang ditinggalkan isteri, lelaki yang terperangkap dengan jiwanya sendiri, suami yang berhadapan dengan isteri yang main kayu tiga, dan macam-macam masalah lagi.
Saksikan program Hati Lelaki, setiap hari Rabu jam 11.00pagi bersama Abby Fana, di TV3