Sekarang ini ramai artis-artis atau masyarakat di luar sana yang sibu sangat nak turunkan berat badan tetapi lain pula bagi artis bernama Kamal yang terkenal dengan drama Bio Nik ni.
Menurut Kamal, kenaikan berat badan sebanyak 5kg berbanding berat badan idealnya, 73kg adalah perkara yang memang dirancang. Berat badannya kini yang mencecah 78kg itu adalah sebagai persiapan untuk projek filem terbarunya.
"Saya sengaja menaikkan berat badan sebanyak 5kg daripada berat ideal, 73kg untuk persiapan filem terbaru saya," kata Kamal.
Memandangkan filem itu bergenre aksi pertarungan, watak yang ditawarkan kepadanya menuntut Kamal untuk kelihatan lebih sasa dan bagak. Justeru, sebelum proses membentuk badan bermula, dia harus menaikkan berat badannya terlebih dahulu.
ujarnya yang belum pasti akan judul filem itu."Saya dapat tawaran sebagai watak utama untuk sebuah filem aksi pertarungan di bawah arahan Ahmad Idham selepas ini. Watak dan genre filem itu memerlukan saya untuk tampil sasa.
"Untuk tampil sasa, saya perlu membentuk badan. Jadi pengorbanan yang perlu saya lakukan untuk mencapai matlamat itu adalah dengan menaikkan berat badan terlebih dahulu.
"Menurut pelatih, saya perlu naikkan beberapa kilogram jika ingin membentuk badan. Setakat ini, saya belum memulakan sesi membentuk badan di gimnasium, mungkin dalam masa terdekat,"