Mac 16, 2010

Raja Azmi serahkan "Anu Dalam Botol" kepada Lembaga Penapis FIlem


Ikuti luahan dan pendapat Raja Azmi mengenai "Anu Dalam Botol" yang kini dalam peringkat akhir sebelum ditayangkan.Filem beliau yang penuh konterversi ini akhirnya hampir kepada kemuncaknya.Mari kita baca komen beliau.


Walaupun harus akur dengan syarat pihak berwajib sehingga menjejaskan keaslian naskhah tulisannya itu, dia tetap menurut dan meminda karya itu agar buah tangan terbarunya mendapat restu untuk muncul di layar lebar.
“Walaupun pelbagai kontroversi melanda ... Dalam Botol sebelum ini, saya berharap agar Lembaga Penapisan Filem (LPF) meluluskan filem ini untuk tayangan kelak.
"Sebagai penerbit, pelbagai pindaan telah saya lakukan demi menghormati syarat dan kehendak pihak berwajib.
“Niat dan mesej saya hanya satu, iaitu untuk berdakwah. Bukannya saya suka-suka hendak buat filem yang mengagung-agungkan golongan itu (pondan dan gay) atau ingin meracuni minda penonton dengan filem sebegitu,” ujarnya.

Bercerita lanjut, isteri kepada jaguh badminton negara, Mohd Jalani Sidek itu berkata, disebabkan oleh segala kontroversi yang timbul sebelum ini, dia sanggup mengubah skrip asal filem itu demi memenuhi tuntutan dan syarat yang ditetapkan oleh LPF dan Finas.

"Saya ingin penonton mendapat iktibar daripada filem ini, itu sahaja. Malah, apa jua yang dipaparkan dalam filem ini adalah mengikut skrip yang sudah dipinda berkali-kali.
"Memandangkan skrip sudah diluluskan Finas, rasanya tiada sebab untuk filem ini digam atau berhadapan sebarang masalah nanti.

"Jika dilihat pada paparan visualnya, saya tidak nampak sebarang aksi atau babak yang keterlaluan pun.
"Tapi saya tidak tahulah jika mereka (LPF) masih merasakan ada adegan yang tidak elok juga dalam filem ini," katanya berseloroh.