Mac 25, 2010

Benjy dihadap di Mahkamah hari ini

Setelah direman selama tiga minggu Benjy yang disyaki mengedar dan memproses dadah dihadapkan ke mahkamah hari ini.

Zoom dapat berita ini dari Mstar..baca la..


Benjy atau nama sebenarnya Khaeryll Benjamin, 31, ditahan pada 12 Mac lepas bersama rakan wanitanya berusia lingkungan 20an dalam satu serbuan di tempat letak kereta sebuah kondominium di Segambut.
Semasa ditahan, polis juga menemui 850 gram kokain bernilai RM650,000 dan 140 gram syabu bernilai RM2,000 di kondominium tersebut.

Kes itu disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 yang membawa hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan.

Turut hadir di mahkamah tersebut pada pagi ini adalah ibunya, seniwati Azean Irdawaty dan adik perempuannya.

Zoom: Kesian tengok mak Benjy..Apa-apa pun semoga berada di pihak yang benar..APa kata anda ?