Ini yang Zoom baca dari satu blog ni, info yang beliau dapat pun daripada laman web Gua, mungkin wartawan tersebut ada "Info" mengenai gossip yang kian hangat ni.Perhubungan Fazura dengan seorang kerabat diraja memang sudah lama diperkatakan, sehingga la di Majalah "Hai" Fazura ada mengatakan ada berbincang soal perkahwinan dengan kerabat Diraja berkenaan.
Namun, perhubungan ini nampaknya tidak direstui pihak istana. Dalam laporan esklusif Hits (Utusan Malaysia) kelmarin (24/2) - 'Fazura tidak diterima istana?' - seorang sumber istana dipetik memberitahu istana tidak dapat menerima Fazura. Tambahnya lagi, kenyataan yang dikeluarkan Fazura sebelum ini mengenai perhubungannya dengan kerabat diraja tersebut hanya pendapat dia seorang kerana "bukan dia seorang sahaja kawan wanita kerabat diraja itu". "Statement" ada di bawah !!! sikit je..!!
"Sudah tentu istana mahukan kerabat diraja bertemu jodoh dengan wanita yang tidak pernah terlibat dalam kontroversi tidak kira sama ada gadis kampung atau anak raja,"kata sumber tersebut. Fazura yang dihubungi enggan mengulas mengenai hal berkenaan lagi. -Gua