Januari 10, 2010

(Gossip) Faizal bekas suami Nana akan bernikah hari ini !!!?


Ntah betul ke tak, sebab ini pun Zoom amik dari Utusan hari ini ..Jum kita Terjah macam Melody tue :P kesian tengok penganjur tue...!!!

Dalam Utusan Malaysia ada melaporkan pelakon Faizal Yusop yang bercerai dengan penyanyi Siti Nordiana pada 14 September 2009 lalu akan berkahwin dgn wanita pilihannya pada hari ini. Majlis akad nikah akan diadakan selepas Asar hari ini di Taman Ibu Kota, Setapak, Kuala Lumpur.

Namun, hanya majlis nikah gantung kerana resepsi akan diadakan pada bulan Mac ini.

Bakal isteri Faizal bernama Munirah itu adalah seorang pelakon tambahan dan pernah bekerja dengan sebuah syarikat produksi.



Baca Selanjutnya

Namun, bekas isteri Faizal, Siti Nordiana tidak tahu apa-apa tentang perkahwinan Faizal dan agak terkejut kerana tidak diberitahu. Cuma sebelum ini, Faizal ada beritahu famili Nana yang dia akan kahwin.

Selamat pengantin baru buat Faizal. Semoga perkahwinan kedua ini memberi satu cahaya baru dalam hidup anda.

Zoom: kalau betullll...selamat penggantin baru walaupun nikah gantung....Apa kata anda ?