Disember 24, 2009

(Gossip) Inul ingin sedut lemak untuk kuruskan badan !!!


Inul Daratista, penyanyi dangdut ini membandingkan kemontokan badan yang dimilikinya kini persis aktres Julia Perez. Inul yang melahirkan anak lelaki beberapa bulan dulu, kini tidak sabar untuk menguruskan badannya supaya langsing seperti dulu. Inul mengakuinya pernah stress gara-gara badannya naik mendadak hingga mencecah 72 kg dari 56 kg sewaktu dia hamil.

"Sekarang sudah turun jadi 62 kg tapi saya teringin dapat berat ideal, 56 kg,"
kata Inul. Dia kini giat melakukan perawatan tubuh dan senaman untuk mendapat bentuk badan idamannya. Seakan senaman itu tidak cukup, Inul mengambil jalan pintas dengan membuat sedut lemak dan akupuntur. Inul tidak kisah berhabisan ribuan ringgit asalkan impiannya tercapai.



Baca Selanjutnya

"Saya sanggup menjalani rawatan laser untuk sedut lemak, dua kali seminggu. Saya juga mendapat khidmat instruktor Betty Tilarso seminggu tiga kali. Biar badan saya cepat langsing," kata Inul lagi. Meski ingin cepat turun badan, wanita berusia 30 tahun ini tidak mahu semua rawatan kecantikan yang dijalaninya memudaratkan. Ini kerana, Inul memberi susu badan kepada anaknya, Yusuf Ivander Damares.

Zoom: kalau nak kurus sedut la lemak :P ZoOm dah kurus tapi nak gemuk...lemak kena masuk boleh ke :) ? macam-macam zaman moden ni nak kurus senang je, tapi kalau nak gemuk punyalah susah..!! Apa kata anda ?