Disember 27, 2009

(Gossip) Awal dan Scha menafikan minum di kelab malam !!


Menurut sidang media awal dan scha semalam ( Selepas program Sehati Berdansa) sebab scha masih memakai baju semasa mengacara program tersebut.

Berdasarkan sidang media semalam awal menafikan beliau datang ke Kelab malam di Rootz Club Lot 10 jalan bintang untuk bersuka ria tetapi sebaliknya beliau di jemput oleh Scha untuk menyambut harijadi temannya.



Baca Selanjutnya

Dan beliau juga turut menafikan enggan memberi sampel air kencing kepada pegawai yang bertugas malam tersebut, sebaliknya beliau meminta pihak polis memberinya masa untuk mengeluarkan air kencing.Setelah meminum tiga botol air barulah Awal dapat membuktikan beliau bersih dari najis tersebut.Di bawah ni "statement" Awal mengenai apa yang berlaku malam tersebut...

“Perkara ini bertukar sebab Scha yang lewat. Insiden ini memberi kesan negatif kepada karier dan keluarga saya..Ia pertama kali berlaku dalam hidup saya sepanjang lima tahun bergelar artis,” luah Awal dalam keadaan tenang selepas sidang media Malam Kemuncak Sehati Berdansa musim ketiga di Pusat Dagangan Dunia Putra, di sini, malam tadi.

Tambahnya, “Apabila saya sampai di dalam kelab itu, tiba-tiba sahaja lampu dibuka dan muzik dipadamkan. Seorang wanita memberitahu satu operasi sedang dijalankan kerana sebelum itu terdapat satu pergaduhan.

“Saya hanya mengikut arahan polis dan duduk bersama lelaki lain di bahagian hadapan manakala perempuan di bahagian belakang.

“Kemudian kami dalam 30 orang diarahkan ke bilik air untuk membuat ujian air kencing.Saya masuk ke dalam bilik air itu dan cuba tetapi tak mampu keluar apa-apa,” cerita pelakon filem ‘Syurga Cinta’ ini.

Pengacara program Sehati Berdansa ini juga akui tertekan dengan pihak media yang menjerit namanya sehingga tidak mampu memberikan sampel air kencing itu dan ditahan sebelum dibawa ke Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur.

“Saya beritahu tak boleh (memberikan sampel air kencing) dan tunggu juga. Dalam masa yang sama ramai juga media yang menjerit nama saya.

“Saya juga dihimpit dan diasak oleh mereka seolah-olah saya seorang hero. Tetapi saya tetap pegang botol (sampel air kencing) dan cuba lagi kerana lelaki (polis) di hadapan saya kata cuba lagi.

Zoom: kenapalah wartawan sampai macam tue sekali, kalau kenal seseorang artis buat bodoh je la..!! Apa kata anda ?