November 13, 2009

(Artis Indonesia)Peterpan Akan Tukar Nama Jadi Feather Band?



Kalau selama ini ramai Kumpulan yang mengekalkan nama Kumpulan mereka dan menjadi Trademark. Tetapi lain pula ceritanya, mengenai artis dari seberang ini yang ingin menukar nama kumpulan mereka.Dibawah ini "statement" Ahli kumpulan Peterpan mengenai Album dan nama kumpulan terbaru nanti !!!!



Baca Selanjutnya

Ketika ditemubual dalam proses rakaman di Bandung, Ariel memberitahu nama baru kumpulan sudah lama difikirkan.

"Cuma albumnya belum selesai. Bukan tidak mahu teruskan tetapi tidak mahu memaksakan diri," ucap Ariel ketika ditemui.

Desas-desus mengatakan Peterpan, band yang mencetus fenomena ini, akan mengambil nama baru sudah lama diperkatakan.

Nama Feather Band, disebut-sebut sejak Peterpan muncul dengan logo barunya, bergambar sehelai bulu unggas (dalam bahasa Inggeris feather).

Meskipun tidak mengaku, Feather Band, adalah nama pilihan, Ariel mengakui sudah punya nama baru untuk bandnya.

"Kita akan bicarakan saat pelancarannya nanti," kata Ariel.

Menurut kekasih aktres Luna Maya ini, dia dan rakan-rakannya sedang berusaha mencari nama untuk menggantikan nama Peterpan.

Apa KOmen Anda !??