BUKAN hanya Krisdayanti (KD) yang sedih kerana tidak bertemu dengan dua orang anaknya Aurel dan Azriel sejak lebih sebulan lalu. Malah, ibunya, Rachma Widadiningsih juga turut berasa demikian...
Baca Selanjutnya
"Dia sangat sedih. Dia menangis kerana tidak dapat bertemu cucu-cucunya," jelas Dodo di dalam laman web detikhot.com, yang mengaku dia adalah sepupu kepada penyanyi tersohor itu.
Rachma menangis pada hari ulangtahunnya yang ke-59 kerana tidak dapat meraikan hari itu dengan kedua-dua orang cucunya. Aurel dan Azriel ketika ini tinggal di rumah bekas suami KD, Anang yang terletak hanya 300 meter dari kediaman KD.
KD bagaimanapun dilihat tenang dan tidak menampakkan raut wajah sedih ketika meraikan hari lahir ibunya itu.
Majlis sederhana itu hanya dihadiri oleh ahli keluarga terdekat. Penyanyi Rossa dan Yuni Shara juga dilihat turut hadir
Info : mstar
Zoom Komen: Kesian Kat Nenek dia...!!