Oktober 20, 2009

(Gossip) Farah Asyikin bercinta dengan suami orang?


Farah kesedihan apabila dilemparkan dengan gosip kononnya dia menjalinkan hubungan dengan suami orang. Dia tidak menyangka perkenalan ikhlas dengan seorang lelaki berusia 35 tahun yang akhirnya membuahkan bibit-bibit cinta antara mereka itu akan membuatkan dirinya 'terjerumus' dalam kontroversi ini.

Semuanya gara-gara satu e-mail yang tersebar dikatakan dihantar oleh seseorang kepada pihak-pihak tertentu termasuklah wartawan yang mendakwa Farah bercinta dengan suami orang dan mereka turut bercuti bersama di Hong Kong, baru-baru ini.




Baca Selanjutnya

"Kami sebenarnya berkenalan menerusi laman web Facebook sejak setahun lalu. Kami hanya kawan biasa saja ketika itu, sehinggalah beberapa bulan kemudiannya kami bertemu dan dari situ kami mula mengenali diri masing-masing.

"Pada waktu itu, dia beritahu saya bahawa dia baru bercerai beberapa bulan sebelum kami bertemu. Saya faham keadaannya ketika itu apatah lagi saya juga pernah melalui perkara yang sama dulu. Jadi, kami lebih senang berkawan saja waktu itu dan hanya benar-benar serius sejak empat bulan lalu," kata Farah yang juga pernah melalui perceraian dengan bekas suaminya, pada 26 Mei tahun lalu.

Farah juga tidak menafikan pernah bercuti ke Hong Kong baru-baru ini, tetapi menyangkal dakwaan yang kononnya dia ke sana dengan lelaki tersebut.

"Saya ke sana seorang diri dan bercuti selama lapan hari. Tetapi saya akui, memang ada bertemu dengan M di Macau kerana dia bekerja di sana. Itu saja. Selebihnya, saya bercuti sendirian di Hong Kong dan China. Kandungan e-mail yang mengatakan saya bercuti dengannya di sana adalah tidak benar sama sekali," ujarnya dalam nada sedih.

Zoom Komen: Ntah la Labu...Pergi seorang diri di negara Tembok terpanjang dunia, huh..Susah nak cakap, kalau zoom pun pergi sure nak berteman inikan pula negara serba serbi berlainan dengan negara kita.Mungkin budak-budak boleh percaya tetapi pembaca yang dah matang tentu akan mempersoalkan "Statement" Farah ni..!!! Apa KOmen anda !!!?/