September 17, 2009

(Hot News) Tol percuma dan diskaun tol sempena Aidilfitri !!!!

PETALING JAYA: Jutaan pemandu kenderaan yang akan pulang ke kampung untuk sambutan Hari Raya Aidilfitri dinasihatkan memandu dengan berhati-hati dan melakukan perjalanan secara berperingkat-peringkat.

Bagi menggalakkan pemandu untuk melakukan perjalanan pada bukan waktu puncak, dua konsesi lebuhraya terbesar, PLUS dan Kumpulan MTD menawarkan perjalanan dengan tol percuma dan diskaun tol.

Dalam perkembangan lain:

- Menteri Kerja Raya, Datuk Shaziman Abu Mansor berkata, PLUS dan beberapa pengendali lebuh raya akan memantau kemalangan-kemalangan kecil bagi mengelakkan pemandu daripada memperlahankan kenderaan mereka untuk melihat kemalangan yang sekaligus menyumbang kepada kesesakan lalu lintas.

- PLUS menawarkan diskaun 20 peratus kepada pemandu yang melakukan perjalanan pada bukan waktu puncak sementara Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan MTD, Azmil Khalid berkata, bayaran tol tidak akan dikenakan ke atas kenderaan yang menggunakan Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak dan Lebuhraya Pantai Timur (LPT) pada 18 dan 24 September antara pukul 12 tengah malam hingga 5 pagi.

- Ketua Pengarah Jabatan Keselamatan Jalan Raya, Datuk Suret Singh meminta pemandu kenderaan supaya mematuhi had laju yang ditetapkan, tidak menyalahgunakan laluan kecemasan dan memakai tali pinggang keselamatan.

Zoom Komen: Jadi....Balik la pagieeee Sure Tol Free..Tapi pastikan anda minum kopi kau-kau dulu pesan kat mamak,bangla,apek,amoi buat kau2..!!! tak minum Red Bull jangan tumbuh tanduk dah..kepada yang balik kampung pagi ni..esok pagieee berhati2 di jalan raya ingatlah zoom artis...opss salah "Orang Tersayang"