Filem : Momok The Movie
Genre : Komedi, Seram
Bahasa : Melayu
Pengarah : M.Jamil
Pelakon : Nabil,Datuk Aziz Sattar,Abon
Tarikh tayangan :20 September 2009
Sinopsis:
Adlin yang bekerja di Bintulu, Sarawak, pulang ke kampungnya untuk bercuti. Seperti biasa, setiap kali pulang ke kampung, Adlin akan bertandang ke Warung Pak Ajis untuk menikmati Mee Calong dan bersembang kosong. Kepulangannya kali ini untuk bertemu ibunya Mak Ton, adiknya Isham dan Esah setelah berada enam bulan di Bintulu telah membawa satu pengalaman yang tidak akan dilupakan oleh beliau sepanjang hayatnya.
Bersama, Kadir, teman sekampungnya, Adlin telah ke warung Pak Ajis. Malam tersebut, selesai solat berjemaah di surau, Adlin dan Kadir ke warung Pak Ajis. Pelbagai insiden dan petanda yang seolah-olah menunjukkan sesuatu yang tidak baik akan berlaku. Setelah sampai di warung Pak Ajis yang terletak di tepi tebing sungai di hujung kampung, seperti biasa mereka mula bersembang sehinggalah kepada cerita mengenai kisah-kisah seram. Pak Ajis, Adlin dan Kadir juga mendapat teman bercerita, Noniswara, gadis India pekerja kilang yang di ganggu peristiwa seram menaiki bas tanpa pemandu ketika pulang dari kerja pada malam tersebut.
Cerita kisah Pontianak, Pochong, Orang Bunian, Badi Mayat (“Mohini”/Chandra Murke – Legenda hantu masyarakat Hindu),Mayat Hidup Di Langkah Kucing Hitam dan Sampuk menjadi penglipurlara mereka berempat malam itu.