
Oleh FAIZAL SAHARUNI
mfaizal@kosmo.com.my
AENN (kanan) bersama kakak kembarnya, Ekin.
KUALA LUMPUR - Tidak sampai setahun selepas Ekin mendirikan rumah tangga dengan penyanyi popular Mawi, kini giliran adik kembar, Nora Ain Rahmat atau Aenn pula menamatkan zaman solonya tidak lama lagi.
Pelakon berusia 30 tahun itu bagaimanapun memilih untuk mengadakan majlis pernikahan secara sederhana di kampung halamannya di Johor Bahru manakala lokasi bagi resepsi persandingan masih belum ditentukan.
Aenn yang sebelum ini terkenal menerusi drama bersiri Kawan bakal menjadi isteri kepada duda berusia 41 tahun yang telah mempunyai tiga cahaya mata. Mereka akan bernikah selepas Hari Raya Aidilfitri.
Zoom Komen: Kahwin la Aenn,peduli apa orang lain cakap..Dato CT pun kahwin Duda anak lagie ramai,asal bahagia dah la..Jangan Macam sesetengah artis tue dah la..Nak juga tengok Aenn punyer bakal suami ni..Tapi kena tunggguuuu info dari papa dan mamarazi Blogger ...LAyanzzzz