Ogos 17, 2009

(Celebrity News) Rozita Che Wan jaga eksklusiviti !!


Rozita Che Wan ni nampak macam sombong, tak mudah mesra dan jual mahal. Tapi janganlah salah faham. Sebenarnya Rozita Che Wan masih berpegang kepada prinsip aktres lama-lama yang tidak suka menayangkan muka di tempat-tempat awam kerana menjaga eksklusiviti. Rozita Che Wan juga seorang yang 'reserved' dan tidak mudah disapa. Bagi Rozita Che Wan, setiap artis dan selebriti perlu menjaga eksklusivitinya bagi mengelakkan nama mereka tercemar dek kerana terlalu suka berpeleseran. Rozita jarang dilihat di tempat-tempat umum begitu juga dengan majlis-majlis keramaian. Rozita Che Wan mengakui dia perlu menjaga nilai yang perlu ada dalam diri seseorang ‘public figure’ itu Kerana dia menjaga eksklusiviti diri itulah yang menyebabkan orang jarang nampak dia di luar.

“Saya menjaga nilai eksklusiviti kerana mahu orang sentiasa teruja untuk melihat saya dalam jangka masa yang lama. Eksklusif tu tak semestinya sombong. Jika orang yang tak kenal saya, mungkin dia akan kata saya sombong. Bagi saya, eksklusiviti tu penting bagi setiap artis. Saya sendiri memang meletakkan nilai itu dalam diri sendiri sejak bergelar artis lagi sebagai suatu ‘guideline’.”
Kerana nak menjaga eksklusiviti itu juga menyebabkan Rozita Che Wan terpaksa menghadkan dirinya daripada menyertai majlis keraian secara sembarangan. Masa lapangnya selalu diisi dengan menumpukan perhatian kepada anak-anaknya