Julai 13, 2009

(Gossip) Noniswara nak kahwin lagi !!



Lama sudah pelakon cantik Noniswara bersendirian tanpa lelaki bergelar suami di sisinya. Hidup Nonis ditemani anak-anak yang semakin membesar.

Mangga Muda dengar Nonis sudah bertemu seorang lelaki yang akan menjadi suaminya.

Patutlah semasa Mangga Muda nampak Nonis dalam sebuah majlis baru-baru-baru ini berseri-seri muka dia.
Malah Nonis hadir ke majlis itu bersama lelaki yang bakal menjadi suaminya. Tapi tak sempat pulak nak snap gambar mereka.

Nonis sedang berbahagia dan akan menamatkan alam solonya awal Ogos depan. Dia tak menyorok lagi apabila rakan-rakan bertanya pasal perkara itu.

Kiranya raya tahun ini Nonis akan kembali berasa beraya di rumah mentua dan mencium tangan suami di pagi rayalah.

"Nonis beritahu aku dia nak kahwin bulan Ogos ini," kata rakan Mangga Muda yang sempat berborak dengan Nonis. (Petikan Mangga)

Zoom Comment: Ramai Juga Jans And Duds nak kahwin Tahun nie erkk..Kahwin jer la,Lambat kahwin nanti seribu satu gossip kuar kat media cetak dan eletronik ni...Apa Pun Semoga Berbahagia Noniswara..We Wish u..