Julai 10, 2009

(Celebrity News ) Rosyam Nor Kemalangan !!


Rosyam Nor mengalami kemalangan ketika penggambaran filem terbaru “Libas” pagi tadi. Dalam cerita tu dia kena main sepak takraw dan mungkin malang tak berbau, terjatuh. Tulang bahunya patah.

Pihak Zoom Artis ingin mendoakan semoga Rosyam cepat sembuh. Amin.

Sedikit info mengenai filem Libas:

Filem terbitan MDAG Marketing Sdn Bhd. arahan Jurey Latif Rosli.

Filem Libas mengisahkan satu pertarungan sepak takraw yang di adakan secara unik dan bersifat brutal serta menggabungkan kepakaran seni mempertahankan diri dan skil sepak takraw itu sendiri.

Akibat dari itu, bola raga pusaka dari zaman Kesultanan Melayu Melaka kini telah jatuh ke tangan negara jiran, Thailand. Jika pasukan negara tewas lagi untuk kali ke 3 berturut-turut, bola raga pusaka akan terus kekal menjadi milik negara Thailand untuk selama-lamanya. Ini membawa satu bukti yang kukuh untuk Thailand mengakui bahawa sukan sepak takraw berasal dari negara mereka.

Raja Libas juga kehilangan Ratna akibat dari pertaruhan di luar gelanggang oleh ayah Ratna sendiri yang merupakan jurulatih pasukan negara dengan Ku Jefry iaitu ketu pasukan negara Thailand. Bukan itu sahaja, kaki Raja Libas menjadi cacat akibat libasan berbisa dari pasukan Thailand yang sering menggunakan teknik kotor dan muslihat.

Disebabkan ramai yang telah menjadi mangsa kepada pasukan lawan, maka tidak ada sesiapa yang berani mahu bersama Raja Libas bagi menyertai pertandingan LIBAS yang di sertai oleh beberapa pasukan dari pelbagai negara seperti Jepun, Amerika, China, Iraq dan lain-lain negara. Lantaran itu Raja Libas terpaksa mencari muka-muka baru untuk di latih bagi menentang pasukan lawan dan seterusnya memastikan supaya maruah negara dapat di tebus semula.

Pencarian Raja Libas membawa kepada penemuan Hamdi seorang pemuda bandar yang mempunyai skil menimbang bola dan Ku Mok seorang lelaki gemuk yang mempunyai tandukan tajam dan berbisa. Bagi melengkapkan tiga pemain, maka Magat telah menawarkan diri tanpa menyedari Megat telah diupah oleh pasukan dari Thailand bagi mensabotaj pasukan negara.

Dalam masa yang amat singkat Raja Libas terpaksa menurunkan segala ilmu tentang Libas kepada Hamdi dan Ku Mok yang masing-masing tidak tahu langsung bermain sepak takraw.