Jun 19, 2009
(Gossip) Watie Elilte "Ditikam" Oleh Kawan Sendiri ?
Lebih membuatkan pelakon utama drama Iris itu geram apabila rakan dimaksudkan itu menggunakan media sebagai medan untuk memalukan dirinya.
Ketika dihubungi bagi mendapatkan penjelasan mengenai kenyataan di ruangan SS pada Selasa lalu, jelas Watie, apa yang disampaikan rakannya itu tidak benar sama sekali.
Dakwaan tidak berasas itu turut disiarkan sebuah akhbar mingguan. Tidak berpuas hati dengan kenyataan disiarkan, dia menghubungi sendiri wartawan terbabit untuk mengetahui cerita sebenar bagaimana gosip mengatakan dia mencuri dan tidak memulangkan baju dipinjam boleh tersiar.
"Pada peringkat awal, saya ingatkan ia membabitkan produksi drama yang pernah dibintangi, namun sebaik berpeluang bercakap sendiri dengan wartawan yang menulis, saya terkejut apabila diberitahu pengadu terbabit dalam artikel itu adalah rakan baik saya juga bekas anggota Elite.
"Saya sedih dan menangis sehari suntuk apabila mengenangkan perkara ini. Tidak terlintas di fikiran bahawa dia sanggup berbuat demikian.
PETIKAN : KOSMO, Alahai Kenapa La Sekarang Ni Macam-Macam Cerita..Kawan Makan Kawan,Ayah Makan Anak,Majikan Makan Amah,Lepas ni ntah Makan Apa PUlak..Sabar La Watie,Berani Kerana Benar Takut Kerana Salah..Zoom Sentiasa Menyokong Watie ...