Jun 29, 2009
(Gossip) Norman, Abby Makin Mesra Lepas Cerai ?
Perkara ini diakui olej Norman kepada murai.com.my sewaktu menjalani sesi videografi filem Botol Dalam Almari (dulu Anu Dalam Botol) terbitan Raja Azmi Sulaiman di pejabat JAS Sdn Bhd di Danau Kota, di sini, kelmarin.
"Sayasendiri tidak menyangka hubungan kami akan menjadi bertambah baik. Dulubila tinggal serumah kami jadi panas, bertekak dan seterusnya bermasammuka. Tapi, sekarang ia jadi terbalik!
"Kami bukan saja boleh duduk berbincang tentang banyak halterutama membabitkan anak-anak tetapi kami juga boleh membawa anak-anakkeluar berjalan bersama-sama seperti apa yang kami lakukan sewaktumeraikan Hari Bapa, baru-baru ini.
"Bagi sayainilah satu keindahan yang sudah lama tidak saya kecapi. Mungkin, iaterjadi kerana kita berdua sudah tidak ada apa-apa ikatan lagi dantidak lagi ada prasangka macam dulu. Sebaliknya dulu, kami tertekankerana perlu menjaga perasaan dan hati kami berdua kerana hidupberpasangan," kata duda Melayu terhangat itu.
Menjawabsoalan tentang bentuk fizikalnya yang semakin susut tetapi lebih tegapdan berotot, Norman berkata: "Saya jadi begini disebabkan terlalubanyak makan hati agaknya. Jadi untuk melepaskan segala apa yangterpendam dalam lubuk jiwa saya, saya selalu habiskan masa digimnasium. Kira macam pergi release tensionlah.
"Caraitu nampaknya memang berkesan. Apabila banyak bersenam, fikiran dantubuh badan saya menjadi semakin OK dan saya memang hendak jaga badanagar selalu fit," katanya.
Sungguhpun begitu, apabila diusik soalan tentang hubungannya dengan Memey Suhaiza, Norman terus tersengih.
"Dahbanyak sangat cerita pasal kami dulu. Cukuplah untuk saya memberi komenlagi sebab saya mahu hidup dengan tenang dan berfikiran positif,"pintanya.
Yang pasti, Norman dan Abby akan muncul dalam filem seram-thriller Skrip 7707 arahan Prof A Razak Mohaideen tidak lama lagi. Mereka buat pertama kali melakonkan watak sebagai suami isteri.
Hasilperkahwinannya dengan Abby, mereka dikurniakan 3 orang cahaya mata yangcomel iaitu Mohamed Danish Hakim, Marissa Dania Hakim dan Maria DanishHakim.
Zoom Comment : Alhamdulillah kan elok macam ni dah bercerai tapi masih rapat, Jangan Macam keluarga lain dah bercerai nak tengok batang hidung pun susah.
Labels:
Abby Abadi,
Artis Malaysia,
Norman hakim,
Pelakon Malaysia,
perkahwinan