Jun 26, 2009

(Gossip) Amelina Diusir dari rumah Sewa ?


Amelina dan suaminya, Reduan Mahamood (menutup muka) berjalan keluar dari Jabatan Agama Islam Perlis selepas membayar denda di Kangar pada tahun 2000 lalu

AWAL minggu ini, kawasan kediaman di Kota Kemuning, Shah Alam menjadi kecoh dan berlaku sedikit 'drama' apabila seorang pemilik rumah hadir bersama para pegawai mahkamah untuk mengusir penyewanya pagi semalam.

Yang menyebabkan peristiwa ini menjadi lebih menarik apabila, penyewa yang dimaksudkan itu adalah bekas penyanyi dangdut Amelina dan suaminya.

Menurut pemilik rumah tersebut, K. Madhavankutty, beliau telah mendapatkan perintah dari Mahkamah Shah Alam setelah Amelina dan suaminya tidak membayar sewa rumah selama dua bulan.

Jurutera Madhavankutty turut hadir bersama pegawai-pegawai Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) dan Tenaga Nasional Berhad (TNB) untuk memutuskan bekalan air dan elektrik di rumah tersebut.

"Perintah mahkamah sudah menetapkan mereka perlu melangsaikan semua tunggakan sewa mereka dalam masa dua minggu, kalau mereka masih gagal juga, kesemua harta mereka akan dirampas." jelas Madhavankutty.

Menurut peguam Arnold Andrew yang mewakili Madhavankutty, suami penyewa rumah itu yang mendakwa dirinya seorang 'Datuk' telah menyewa rumah banglo berkembar yang lengkap dengan perabot dengan sewa RM2,700 sebulan.

"Dia hanya membayar sebahagian sewa untuk bulan pertama dan tiada apa-apa bayaran dibuat untuk bulan ini.

"Salah satu cek yang dikeluarkan kepada anak guam (K. Madhavankutty) semasa berpindah masuk ke rumah ini adalah cek tendang," dakwa Andrew.

Zoom Comment: Iskk Iskk Iskkk Macam-macam,Terkejut jugak Zoom Tengok Sewa rumah tu Rm 2700.00 sebulan kayo nyer.Tue arr Nak belagak sewa mahal2 kan dah kena kuar..zoom pun pernah sewa rumah rm400 jerrrr aman dunia :P..Kes Amelina ni harap dapat menjadi pengajaran buat anda semua terutamanya celebrity kita.