Mei 31, 2009

(Gossip) Marsha Tak Nak KOnterversi Lagi ??


Marsha Tak Nak konterversi lagie ? sian jugak Kat Marsha ni....Ini la Realiti Industri Hiburan ..Kalau tak kuat zahir dan batin..Baik gulung Tikar..
Abg keifli tue buat Hal ker....???? tak per....Ramai Lagie Jejaka2 Handsome kat luar tue...jangan-jangan dah ada VIP2 or Artis2 yang ngah merisik Marsha ni....

Marsha Juga Pernah Di Gossipkan Hamil dan mengugurkan Kandungan...

Tidak habis dengan isu tersebut, semasa menjadi terlibat dengan AF7, Marsha dikatakan sebagai punca salah seorang pesertanya tersingkir. Bagai halilintar apabila Marsha melihat gosip-gosip tersebut.

Jelas Marsha, isu Aril tersingkir sememangnya tidak ada kena mengena dengan dirinya. Dia bukan punca Aril tersingkir. Tambah Marsha, apa yang dilihat oleh penonton adalah babak yang sudah dipotong serta disunting. Ini bermakna penonton yang melihat tidak tahu apa yang berlaku sebenarnya.

Tak habis dengan perkara tersebut, Marsha pula dituduh tergedik-gedik menari bersama dengan rakan artis yang lain di post party Anugerah Industri Muzik (AIM16) baru-baru ini.

Apabila ditanyakan mengenai hal tersebut Marsha tidak melenting dengan gosip tersebut. Akuinya, memang dia menari bersama dengan rakan artis yang lain, namun tidaklah seburuk yang disangkakan.

“Saya menari seperti biasa sahaja. Tapi kenapa bila keluar gosip hanya saya seorang sahaja diperkatakan? Bukan saya tak puas hati dengan perkara tersebut, cuma kadang kala saya dihimpit rasa pelik.

“Tipu kalau saya katakan saya tak marah dengan gosip tersebut. Tapi ini semua asam garam yang perlu saya lalui. Sekurang- kurangnya saya belajar sesuatu yang baru,” katanya yang sedang sibuk dengan penggambaran drama untuk siaran hari raya nanti.



Makin Lama, Makin Sexy And Hot PUlak Marsha NI...
Apa PUn Good Luck Marsha...