Mei 16, 2009

Gossip : Jamal Abdillah suntik punggung?


Semasa mengadakan persembahan pada majlis Pesona De' Wajah Harmoni 2008/2009 baru-baru ini, banyak mata yang perasan perubahan pada susuk tubuh Jamal Abdillah. Bahagian mana yang berubah tu?

Paling ketara bahagian punggungnya yang mekar dan berisi. Dulu punggungnya nampak leper.

Apabila menari dengan mengenakan seluar yang agak ketat, ketara sekali susuk punggung Jamal yang makin mekar. Nampak seksi juga Jamal sekarang.

Sekali pandang persis menjalani rawatan suntikan pada bahagian itu. Betul ke Jamal menjalani rawatan suntik kologen pada bahagian punggung? Sekarang ini zaman pembedahan kosmetik yang menarik minat orang ramai.

Bukan sahaja wanita, golongan lelaki juga banyak yang obses dengan rawatan kecantikan itu. Jamal ada jawapan apabila ditanya pasal hal itu. Ini jawapan Jamal.


"Saya tak menjalani suntikan pada bahagian punggung, sebaliknya saya sekarang kerap ke gimnasium sejak beberapa bulan lalu untuk mendapatkan susuk badan yang menarik.

"Dulu memang bahagian punggung saya leper sikit, mungkin kerana pada masa itu saya kurus, sekarang badan saya berisi sikit, jadi nampaklah bahagian itu juga ada isi," kata Jamal.

Oh! Macam tu ke ceritanya. Kalau Jamal dah bagi jawapan, janganlah ada pula pihak yang cuba menidakkannya dan mengata bukan-bukan lagi. Okey.

Che Li: Ada seorang kawan (lelaki) yang mengaku suntik punggung demi mendapat lebih perhatian. Macam mana tu?

Info : manggaonline