Mei 13, 2009

( Akademi Fantasia 7 ) Pengurus Artis Tipu Rini AF7?


KL, 21 MAC 2009: Bukan main panas lagi Murai Batu tengok babak konfrantasi antara pelajar lelaki Akademi Fantasia 7 (AF7) dan satu-satunya pelajar wanita bertudung, Zufzafrini Zulkifli atau Rini. Sampai merah-merah mata Rini mempertahankan dirinya dan si Aril pula telah bersuara dengan lantang.

Apa yang tak puas hati tu? Harap-harap mereka dapat selesaikan dengan baik kerana tujuan masuk ke AF7 adalah untuk menimba ilmu, bukannya gaduh-gaduh.

Dalam pada itu Murai Batu menerima satu panggilan misteri dari seorang kenalan Rini dan dia memberikan satu cerita panas.

“Saya dengar Rini dan kembarnya, Rina, pernah kena tipu. Ia berlaku ketika mereka menandatangi kontrak menjadi artis rakaman. Mereka berbuat demikian dengan seseorang yang sudah lama terbabit dalam dunia hiburan.

“Tapi sorrylah… nama Mamat itu saya tidak boleh cakap sekarang. Tapi dia pernah menguruskan beberapa artis yang terkenal. Dia cakap pada Rini dan Rina untuk buat single tetapi sampai kesudah habuk pun tak ada.

“Sehinggalah mereka berdua tawar hati dan ambil keputusan datang uji bakat AF7. Akhirnya rezeki menyebelahi Rini apabila dia terpilih masuk akademi,” kata pemanggil misteri itu.

Murai Batu difahamkan, bukan Rini sahaja pernah menjadi mangsa pengurus artis itu. Ramai lagi penyanyi top dikatakan pernah menjadi mangsa kapurnya dan kalau Murai Batu sebut semua nama artis itu, orang pun terkejut.

Selepas ini Murai Batu akan cuba berjumpa dengan artis-artis terbabit dan kembar Rini itu untuk mengorek kesahihan cerita tentang dikelentong oleh Mamat terbabit.

~Murai~