April 30, 2009

( Gambar ) Kembar Artis AF7, Rini dan Rina

Dunia selebriti Malaysia sudah memiliki pasangan kembar seperti Ekin & Ain, bintang bola sepak, Aidil Zafuan & Aidil Zakuan serta pelakon baru, Diana & Lina Johor.

Dan sejak adanya AF7, sudah ada satu lagi pasangan kembar menjadi perhatian iaitu Rini dan adik kembarnya, Rina.

Mereka berdua turut pergii ke uji bakat tetapi Rina atau Zuzafrina, kurang bernasib baik. Nyata mereka berdua sama cantik dan berbakat. Suara Rini atau Zuzafrini, lebih besar dan serak manakala Rina pula lebih lembut.

Namun ketika ini Rini agak teruk menjadi mangsa kritikan ramai peminat berikutan isu hangat yang timbul dalam Diari AF7. Sebagai adik, Rina, juga kurang selesa dengan apa yang terjadi dan cuba mempertahankan kakaknya.

"Sebelum ini kami berdua memang sangat rapat. Kami tidak pernah berenggang dan apabila itu terjadi, Rini akan mudah tersentuh dan tertekan. Mungkin dia rindukan saya. Selalunya segala masalah kami akan kongsi bersama.

"Bagi saya, Rini jenis yang suka berterus-terang. Dia juga tidak suka cakap belakang-belakang. Kalau nak tahu, perangai kami memang aktif dan agresif tapi sebagai perempuan, hati kami tetap lembut serta mudah tersentuh," jelas Rina.

Bagaimana hendak kenal wajah mereka berdua?

Jika diamati betul-betul, Rini mempunyai sepasang mata yang lebih besar berbanding Rina. Selain itu juga, difahamkan, Rini memiliki tahi lalat di dahi manakala Rina pula di bawah dagu dan mata.