Memaparkan catatan dengan label wartawan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label wartawan. Papar semua catatan

Disember 02, 2011

Hattan Tegur Wartawan Zubir Kerana Salah Cerita



Acap kali ZoOm terdengar dan terbaca mengenai komen artis atau penulis blog mengenai wartawan bernama Zubir. JIka sebelum ini ada diantara wartawan yang di ugut kerana berita yang mereka sensasikan untuk pengetahuan umum (Masyarakat). 

Kini Zubir sekali lagi dihentam oleh abang Hattan kita dek kerana cerita yang tidak sepatutnya digembar gemburkan serta mengaibkan beliau bersama isteri. Dan untuk pengetahuan anda diluar sana berikut "Statement" yang abang Hattan kita bagi tau dekat wartawan :


“Kau jangan tanya salah soalan, aku sekarang memang tengah panas orang tulis macam macam cerita,” ujar Hattan membuka perbualan.

September 04, 2011

Gambar Allahyarham Noramfaizul Wartawan Bernama TV

Satu lagi berita sedih yang mengemparkan Negara dengan kembalinya seorang pejuang Negara dan Agama dalam misi menyampaikan maklumat kepada masyarakat di Malaysia di Negara bergolak Somalia. Sehingga hari ini media cetak dan elektronik bercerita mengenai arwah yang disifatkan sebagai berani dan disenangi oleh rakan-rakan dan orang yang beliau kenali.

Marilah kita sama-sama sedekahkan Surah Al-Fatihah buat arwah :



Dan berikut beberapa gambar yang arwah sebelum dan selepas kemalangan :

Januari 03, 2011

Video Wartawan TV3 di Youtube Menjadi konterversi kerana menghina Melayu !!! ???

Petang tadi ZoOm ada terbaca akhbar mengenai kisah seorang wartawan yang menghina Melayu, namun setelah ZoOm melihat video tersebut rasa terkejut kerana Wartawan bernama Karam Singh yang berani dan selalu membongkar kegiatan yang tidak bermoral di kaca TV dalam keadaan Mabuk. Berikut Video yang ZoOm dapat dari laman Youtube mengenai video konterversi ini.


Video dibawah :

September 20, 2010

Komen Wartawan Artis Islam Bergambar Pegang Anjing

Boleh tahan juga artis ni..baca je luahan abang Niezam kita ni :)
“HAI Niezam, artis kita pegang anjing lagi... nah tengok gambar ni. Tolong kutuk sikit ya dalam ruangan you... Adoiii.”

Februari 23, 2010

(Gossip) Puteri Sarah Mohon Maaf Cabar Wartawan Pegang Al-Quran


Hangat juga cerita atau gossip terbaru mengenai Puteri Sarah ini, belum habis kisah pergaduhannya dengan Ammar hero pelakon Tari Tirana.Gossip mengenai pergaduhan itu semakin hangat ketika Puteri Sarah mencabar wartawan yang menulis gossip pergaduhan mereka tetapi hakikatnya Puteri Sarah hanya meninggalkan tempat  tersebut kerana ada kerja yang perlu diselesaikan tetapi wartawan Metro tersebut tersalah anggap.Ini mesti kes main tangkap muat je tak siasat apa yang berlaku....Apa pun baca je la komen anak gadis ini di bawah..

Menurut Sarah lagi, pengarah tersebut memberitahu seorang wartawan daripada Harian Metro telah membawa cerita bahawa dia dan Ammar bergaduh.


"Saya difahamkan seorang wartawan telah memberitahu kepada Aminah Rhapor yang saya bergaduh dengan Ammar dan kemudian meninggalkan majlis tayangan Perdana Lu Pikir La Sendiri kerana perkara tersebut.

"Saya meninggalkan majlis kerana ingin bergegas ke lokasi penggambaran drama Atilia di Shah Alam bukan kerana bergaduh dengan Ammar. Kemudian keluar cerita saya bergaduh di beberapa akhbar tanpa meminta penjelasan daripada saya terlebih dahulu,"
ujar Puteri Sarah.

Kenyataan ini tertera di laman sosial Facebooknya baru-baru ini. Antara lain, Puteri Sarah berkata..."i balik awal nak gy shooting,org kate i balik awal sebab gadoh!SIAPAKAH ORANG ITU?aminah rhapor bgtau sape but xnakla sebutkan coz im not like u nak burukkan org!ORANG ITU ADALAH REPORTER fr #***.coz of u start reka cite so reporters lain sume prcaya.i juz want u to come n c me n bersumpah PEGANG AL QURAN yg u berk...ata BENAR since u brani sebar fitnah.if xbrani then minta maaf to me n ammar!" yang ditulis 14 Februari lalu pada pukul 9.59 malam.

Sebelum ini, kekasihnya Ammar Alfian Aziz turut dikecam kerana melemparkan kata-kata kesat dan ugutan membunuh kepada wartawan hiburan Malaysia. Malah dalam kenyataanya baru-baru ini di sebuah akhbar tempatan dia enggan meminta maaf atas perbuatannya itu.

Info : Mstar

Zoom : Apa kata anda ? Wartawan salah ? Tangkap Muat ? Patutkah menggunakan AL-Quran ?

Disember 08, 2009

(Gossip) Maklum balas Linda Mengenai Suaminya Que Haidar !!!!


Semalam Zoom ada "Post" mengenai Que Haidar yang dilarang Linda untuk berlakon kerana cemburu.Entah dari mana wartawan Zubir ni dapat cerita mengenai Que ni.Apa pun jum zoom statement Linda Dan Que mengenai Statement Zubir di akhbar harian..!!!!



Baca Selanjutnya

"Saya tak pernah masuk campur dalam urusan lakonannya. Dia yang berhak membuat keputusan sama ada hendak terima atau tidak tawaran lakonan itu.

"Sebelum ini memang dia berehat sementara daripada lakonan kerana hendak menjaga saya dan 'baby' tetapi semua itu atas keputusannya. Saya tak pernah paksa dia untuk menolak tawaran.

"Saya tahu ada produser yang menawarkannya berlakon tetapi saya tak tahu keputusannya. Sebelum ini saya masih sakit selepas bersalin secara pembedahan dan tidak mampu berjalan dengan baik.

"Sekarang ni 'ok' sedikit tetapi masih tidak mampu membuat kerja berat. Tetapi selepas ini, kalau dia masih menolak tawaran berlakon mungkin disebabkan faktor lain dan tidak semestinya kerana saya.

"Tetapi jika benar saya tak benarkan dia berlakon, takkan dia akan berlakon sebuah teater tidak lama nanti? Saya mendapat tahu dia akan memulakan latihan untuk teater itu dalam minggu ini tetapi saya tidak tahu maklumat lain tentang teater itu," jawab Linda ketika dihubungi mStar.

Jelasnya, walaupun dia tidak pernah menetapkan keputusan ke atas karier seni suaminya itu, namun dia pernah menasihatkan Que untuk 'terlibat dengan kerja yang berkualiti'.

"Kalau boleh saya nak dia terlibat dengan benda yang berkualiti. Bagaimanapun, semua keputusan di tangan dia kerana dia yang berhak 'judge'.

"Saya harap perkara ini telah dijelaskan kerana kami sekeluarga sedang gembira sekarang lebih-lebih lagi apabila ada 'baby'," luah koreografer terkenal ini penuh mengharap.

Sementara itu, Que yang turut menafikan dakwaan itu berkata dia terpaksa menolak tawaran sebuah filem yang akan menjalani penggambaran pada tahun hadapan kerana cerita itu tidak menepati kehendaknya.

"Saya memang ada menolak tawaran sebuah filem kerana ceritanya tidak menarik. Namun, saya tetap akan berlakon sampai bila-bila sebab lakonan sudah menjadi kerja saya sejak tamat belajar dari Akademi Seni Kebangsaan (ASK yang kini dikenali sebagai ASWARA).

"Sebelum ini bukannya saya tak pernah menolak tawaran berlakon kerana tidak sesuai dengan jadual kerja dan faktor lain.

"Terus-terang selama saya berkahwin dengan Linda dalam tempoh 10 bulan ini, saya juga pernah tolak tawaran kerana perkara tertentu.

"Sekarang, saya juga masih perlu membuat penelitian tentang watak, jalan cerita dan kesesuaian masa lakonan itu.

"Kalau Linda tidak nasihatkan saya untuk memilih kerja yang berkualiti pun, dari dulu lagi memang saya dah praktikkan perkara itu," ujarnya dalam satu temubual telefon yang berasingan.

Zoom: alahai siapa la yang buat Fitnah tue..Zubirr Bharian Sila Jawap..!!!! Sama-sama kita r

November 13, 2009

(Gossip) Azwan Ali mohon berdamai dengan tiga wartawan Utusan !!!!


Akhirnya, berdamai juga Bro Azwan kita ni dengan Wartawan..Mungkin ada lagi kot sebab setahu dan menurut info ada lagi wartawan yang anti Azwan Ali...!!! jum kita baca statement hari ini...Dah komenlah apa-apa yang patut..Apa-apa pun Zoom tabik dan salut pada Bro Azwan Ali, Yer lah sampai bila nak bermusuhan. Sedangkan Nabi Maafkan umatnya, apatah lagi kita..!!!



Baca Selanjutnya

KUALA LUMPUR 12 Nov. – Pengacara sensasi, Azwan Ali hari ini memohon untuk berdamai dengan Utusan Melayu (M) Berhad termasuk tiga wartawan syarikat akhbar itu berkuat kuasa serta merta.

Azwan menerusi surat permohonan maaf yang dikirim melalui Tetuan Sidek Teoh Wong & Dennis juga memohon agar pertikaian dan salah faham yang berlaku melibatkan wartawan hiburan Ku Seman Ku Hussain, Niezam Abdullah dan Tengku Khalidah Tengku Bidin dapat diselesaikan.

Dalam surat itu Azwan memohon untuk menjalinkan hubungan baik dengan tiga wartawan berkenaan dan melupakan segala sengketa yang pernah terjadi sebelum ini.
“Azwan Ali memohon maaf dan percaya tindakan ini akan dapat menjernihkan keadaan dan mengukuhkan silaturahim dengan semua pihak,” katanya.

Sebelum ini Azwan menghantar notis amaran bertarikh 7 November 2007 tidak membenarkan Utusan Melayu (M) Berhad dan tiga wartawan tersebut untuk menulis berita mengenainya.

Ia berikutan rasa tidak puas hati Azwan terhadap beberapa kritikan yang ditulis oleh wartawan terlibat.
Berikutan permintaan Azwan tersebut, Utusan Melayu (M) Berhad membuat keputusan untuk tidak memberikan sebarang publisiti terhadap beliau.

Krisis melibatkan pengacara itu dengan wartawan berkenaan bertambah parah apabila beliau menyindir mereka melalui beberapa program hiburan televisyen dan juga blognya.

Masalah yang berlaku itu mendapat reaksi Persatuan Wartawan & Penulis Hiburan Malaysia (Wham) yang turut melarang media masa di negara ini memberi publisiti terhadap beliau.

Info : Utusan

Zoom KOmen: Semoga Saudara Azwan Ali mendapat Rahmat darinya..!!!