Disember 08, 2009

(Gossip) Maklum balas Linda Mengenai Suaminya Que Haidar !!!!


Semalam Zoom ada "Post" mengenai Que Haidar yang dilarang Linda untuk berlakon kerana cemburu.Entah dari mana wartawan Zubir ni dapat cerita mengenai Que ni.Apa pun jum zoom statement Linda Dan Que mengenai Statement Zubir di akhbar harian..!!!!



Baca Selanjutnya

"Saya tak pernah masuk campur dalam urusan lakonannya. Dia yang berhak membuat keputusan sama ada hendak terima atau tidak tawaran lakonan itu.

"Sebelum ini memang dia berehat sementara daripada lakonan kerana hendak menjaga saya dan 'baby' tetapi semua itu atas keputusannya. Saya tak pernah paksa dia untuk menolak tawaran.

"Saya tahu ada produser yang menawarkannya berlakon tetapi saya tak tahu keputusannya. Sebelum ini saya masih sakit selepas bersalin secara pembedahan dan tidak mampu berjalan dengan baik.

"Sekarang ni 'ok' sedikit tetapi masih tidak mampu membuat kerja berat. Tetapi selepas ini, kalau dia masih menolak tawaran berlakon mungkin disebabkan faktor lain dan tidak semestinya kerana saya.

"Tetapi jika benar saya tak benarkan dia berlakon, takkan dia akan berlakon sebuah teater tidak lama nanti? Saya mendapat tahu dia akan memulakan latihan untuk teater itu dalam minggu ini tetapi saya tidak tahu maklumat lain tentang teater itu," jawab Linda ketika dihubungi mStar.

Jelasnya, walaupun dia tidak pernah menetapkan keputusan ke atas karier seni suaminya itu, namun dia pernah menasihatkan Que untuk 'terlibat dengan kerja yang berkualiti'.

"Kalau boleh saya nak dia terlibat dengan benda yang berkualiti. Bagaimanapun, semua keputusan di tangan dia kerana dia yang berhak 'judge'.

"Saya harap perkara ini telah dijelaskan kerana kami sekeluarga sedang gembira sekarang lebih-lebih lagi apabila ada 'baby'," luah koreografer terkenal ini penuh mengharap.

Sementara itu, Que yang turut menafikan dakwaan itu berkata dia terpaksa menolak tawaran sebuah filem yang akan menjalani penggambaran pada tahun hadapan kerana cerita itu tidak menepati kehendaknya.

"Saya memang ada menolak tawaran sebuah filem kerana ceritanya tidak menarik. Namun, saya tetap akan berlakon sampai bila-bila sebab lakonan sudah menjadi kerja saya sejak tamat belajar dari Akademi Seni Kebangsaan (ASK yang kini dikenali sebagai ASWARA).

"Sebelum ini bukannya saya tak pernah menolak tawaran berlakon kerana tidak sesuai dengan jadual kerja dan faktor lain.

"Terus-terang selama saya berkahwin dengan Linda dalam tempoh 10 bulan ini, saya juga pernah tolak tawaran kerana perkara tertentu.

"Sekarang, saya juga masih perlu membuat penelitian tentang watak, jalan cerita dan kesesuaian masa lakonan itu.

"Kalau Linda tidak nasihatkan saya untuk memilih kerja yang berkualiti pun, dari dulu lagi memang saya dah praktikkan perkara itu," ujarnya dalam satu temubual telefon yang berasingan.

Zoom: alahai siapa la yang buat Fitnah tue..Zubirr Bharian Sila Jawap..!!!! Sama-sama kita r