Disember 08, 2009

(Gossip)Hans Isaac Ingin Bekahwin Pada 2010!!!


Cerita sedih hans Isaac sebelum ini mungkin menjadi pengajaran buat beliau yang kini hanya ingin berkahwin jika menemui seseorang yang memahaminya.Bak kata orang "Sedangkan Tunang orang boleh berkahwin dengan orang lain" inikan pula hanya bercinta.Tidak semestinya Benih-benih yang disemai akan mekar hingga ke Pelamin..!!! JUm kita Zoom "Statement" Jejaka Tampan CUCi Niee :P




Baca Selanjutnya

Menurut penerbit dan aktor 'Cuci The Musical' ini, segala kisah kegagalan cinta yang lalu adalah guru terbaik buatnya dalam menilai cinta hari ini.

"Bagi saya, pengalaman cinta yang lalu banyak mengajar dan mematangkan diri. Di saat ini, apa yang terbaik adalah untuk mencari pasangan yang boleh dijadikan teman hidup,"
katanya.

Menyedari umur terus mengejar tua, Hans mengakui, sudah tiba masanya dia perlu mencari pasangan hidup dan bukan hanya mencari kekasih semata-mata. Justeru, dia tidak mahu lagi ambil mudah dalam soal cinta dan perasaan demi masa depannya.

"
Saya sudah letih nak bercinta dan berkawan. Kalau boleh, lepas ini saya ingin terus mencari wanita yang sesuai dan terus berkahwin.
"Umur saya pun semakin meningkat dan sudah tiba masanya untuk saya lebih serius dalam hal ini dan memikirkan masa depan,"
ujar Hans.

"Pada saya, jika sudah bertemu dengan seseorang dan sudah mula menyayanginya, jalan terbaik adalah terus berkahwin. Sebab itu, dalam hal ini, hati dan perasaan adalah perkara asas yang sangat saya utamakan.

"Saya ingin mencari teman hidup dan bukannya kekasih untuk tempoh sementara. Saya ingin cari seorang wanita yang ikhlas dan jujur, bukan hanya pada saya malah pada semua orang.

"Jika kejujuran dan keikhlasan itu memang wujud dalam diri wanita itu dan bukan hanya dibuat-buat semata-mata untuk memenangi hati saya, wanita sebegitulah yang akan jadi pilihan,"
ulas Hans penuh harapan.