November 20, 2009

(Gossip)Artis Mistik Hairi Shahrizal Mustafa dan Ziffa Zubir khalwat !!!!

Akhirnya terjawap sudah kisah pengacara program Mistik ini, hakim telah menjatuhkan hukuman kepada kedua-dua pasangan ini.

Di Mahkamah Rendah Syariah di sini, semalam, Hakim Syarie Ghazali menjatuhkan hukuman denda RM2,700 masing-masing terhadap pengacara program, Hairi Shahrizal Mustafa, 25, dan pasangannya, seorang penerbit program, Ziffa Zubir, 28.






Pasangan itu didakwa melakukan perbuatan itu dalam rumah di SD Apartmen, Persiaran Meranti, PJU 9, Bandar Sri Damansara di sini, antara jam 1.30 pagi hingga jam 2.07 pagi, pada 30 Mei 2009.

Kedua-dua mereka didakwa mengikut Seksyen 29(1)(a) untuk lelaki dan (b) untuk wanita Enakmen Jenayah Syariah Selangor yang membawa hukuman denda maksimum RM3,000 atau penjara maksimum dua tahun atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

Sementara itu, Pegawai Pendakwa dari Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) Mohamad Saufi Mastor Lani dalam hujahnya memohon mahkamah menjatuhkan hukuman setimpal kerana keadaan tertuduh ketika kejadian adalah mengaibkan.

“Yang Arif, rayuan yang mereka kemukakan bersifat material saja. Sepatutnya mereka berkahwin dulu baru boleh bersama. Tidak sepatutnya seorang lelaki dan seorang wanita berada dalam rumah yang sama pada waktu itu tanpa ikatan.

“Aduan berhubung kes ini diterima dari orang awam. Ini bermakna ini bukan kali pertama dan sudah pastinya ia sering berlaku sehingga menimbulkan syak di kalangan jiran berdekatan. Mohon mahkamah memberi hukuman setimpal terhadap kedua-dua tertuduh,” katanya.

Kedua-dua mereka terbabit dengan program Expose: Suatu Masa dan Expose: Mistik. Hairi juga penerbit kanan rancangan dan pengacara program Pemburu Hantu.

Mengikut fakta kes, ketika serbuan dibuat anggota Jais mendengar bunyi alunan muzik dari dalam rumah dan apabila diketuk hampir lima minit, bunyi itu hilang dan pintu dibuka tertuduh wanita yang memakai singlet berwarna hitam dan berseluar pendek.

Hasil pemeriksaan, Jais menemui seluar dan dompet milik seorang lelaki dan didakwa tertuduh wanita kepunyaan adiknya dan dalam masa sama, seorang anggota pergi membuat pemeriksaan di bahagian balkoni rumah itu.

Tertuduh lelaki yang hanya memakai kain langsir meloloskan diri melalui balkoni apartmen bersebelahan dan anggota Jais bergegas ke situ yang dihuni beberapa lelaki warga asing. Hasil pemeriksaan tertuduh lelaki yang ditemui di balkoni itu mengakui melarikan diri.

Kedua-dua tertuduh dalam rayuan meringankan hukuman mengatakan mereka sudah bertunang dan akan berkahwin dalam masa terdekat.

Credit : Metro

Zoom KOmen: Pandai juga pengacara ini buat MISTIK sendiri erkk, boleh lari kat rumah PATI kat sebelah dengan memakai Langsir!!! Mana taknya malam-malam keluar dengan anak dara orang cari hantu...Hujung cerita mereka berdua kena rasuk hantu tanduk dua..!!! Apa Kata ANda !!?
Baca Selanjutnya