November 20, 2009

(Cerita Artis) Faizal Tahir Muntah Darah !!!


Cerita ini berlaku semalam, zoom baru tahu hari ni yang Faizal Tahir di masukan di hospital..!!! jum zoom statement di Kosmo hari ini..!!!



Baca Selanjutnya

KUALA LUMPUR - Penyanyi Faizal Tahir dimasukkan ke sebuah hospital di Jalan Ampang di sini awal pagi kelmarin selepas mengadu sakit dada semasa merakamkan lagu untuk album terbarunya di sebuah studio di ibu negara.

Menurut Pengurus Label syarikat rakaman Monkey Bone, Edris Adrian yang dihubungi Kosmo! semalam, Faizal berada dalam keadaan stabil dan sedang berehat di hospital.

"Sebenarnya Faizal sakit di dada pada petang Selasa lagi tetapi kesakitan itu tidak berterusan. Hanya pada waktu malam sekitar pukul 11 malam, dia mengadu sakit dada yang teruk. Jadi kami hentikan rakaman supaya Faizal boleh balik dan berehat di rumah.
"Namun begitu, keadaan bertambah teruk semasa Faizal tiba di rumah dan pada pukul 12 tengah malam, Faizal ke hospital untuk pemeriksaan. Dia kemudian ditahan oleh doktor untuk rawatan lanjut kerana muntahnya mengandungi sedikit darah,"
kata Edris.

Kredit Kosmo

Zoom KOmen : Marilah kita sama-sama mendoakan semoga Faizal Cepat sembuh..!