Ogos 12, 2009
(Gossip) Aida Radzwill - Joe Radzwill sahkan nikah selepas 7 tahun
KUALA LUMPUR: Aktres Aida Radzwill atau nama sebenarnya Khalidah Adibah Ahmad, telah mengesahkan pernikahannya dengan Joe Radzwill, di Mahkamah Tinggi Syariah Wilayah Persekutuan, hari ini, setelah tujuh tahun berkahwin.
Pengesahan itu dilakukan oleh hakim syarie, Mohamad Shakir Abdul Hamid.
Selepas mendapat surat pengesahan ini, pasangan itu diminta untuk mendaftarkan pernikahan di Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan(JAWI).
Menurut peguam syarie, Nahar Alias, pihak JAWI akan menyiasat kes ini dan selepas itu mahkamah akan menentukan denda terhadap pasangan ini.
"Mereka boleh dikenakan denda maksimum RM1000 atau penjara kerana poligami dan bernikah tanpa kebenaran," kata Nahar.
Joe dan Aida bernikah di Yala, Thailand pada 6 November 2002 oleh wali hakim merangkap ahli jawatankuasa Majlis Agama Islam Wilayah Yala,Thailand, Othman Daramah dengan dua saksi warganegara Thailand, Abdul Aziz Ahmad dan Othman Ibrahim.
Sewaktu pernikahan itu, Aida berstatus janda manakala Joe masih beristeri. Namun pada November 2002, Joe telah menceraikan isterinya itu.
Hasil perkongsian hidup dengan perkahwinan pertamanya itu, mereka telah dikurniakan dua orang anak.
Zoom COmment : huh lamanyer 7 tahun, Anak dah boleh pergi sekolah.Ada juga kes macam ni. Ni 1st zoom dengar.Pelik tapi Benar !!!!!
Labels:
Aida Radzwill,
Artis Malaysia,
gossip,
Konterversi,
Mahkamah,
Pelakon Malaysia,
perkahwinan