Februari 23, 2010

(Gossip) Puteri Sarah Mohon Maaf Cabar Wartawan Pegang Al-Quran


Hangat juga cerita atau gossip terbaru mengenai Puteri Sarah ini, belum habis kisah pergaduhannya dengan Ammar hero pelakon Tari Tirana.Gossip mengenai pergaduhan itu semakin hangat ketika Puteri Sarah mencabar wartawan yang menulis gossip pergaduhan mereka tetapi hakikatnya Puteri Sarah hanya meninggalkan tempat  tersebut kerana ada kerja yang perlu diselesaikan tetapi wartawan Metro tersebut tersalah anggap.Ini mesti kes main tangkap muat je tak siasat apa yang berlaku....Apa pun baca je la komen anak gadis ini di bawah..

Menurut Sarah lagi, pengarah tersebut memberitahu seorang wartawan daripada Harian Metro telah membawa cerita bahawa dia dan Ammar bergaduh.


"Saya difahamkan seorang wartawan telah memberitahu kepada Aminah Rhapor yang saya bergaduh dengan Ammar dan kemudian meninggalkan majlis tayangan Perdana Lu Pikir La Sendiri kerana perkara tersebut.

"Saya meninggalkan majlis kerana ingin bergegas ke lokasi penggambaran drama Atilia di Shah Alam bukan kerana bergaduh dengan Ammar. Kemudian keluar cerita saya bergaduh di beberapa akhbar tanpa meminta penjelasan daripada saya terlebih dahulu,"
ujar Puteri Sarah.

Kenyataan ini tertera di laman sosial Facebooknya baru-baru ini. Antara lain, Puteri Sarah berkata..."i balik awal nak gy shooting,org kate i balik awal sebab gadoh!SIAPAKAH ORANG ITU?aminah rhapor bgtau sape but xnakla sebutkan coz im not like u nak burukkan org!ORANG ITU ADALAH REPORTER fr #***.coz of u start reka cite so reporters lain sume prcaya.i juz want u to come n c me n bersumpah PEGANG AL QURAN yg u berk...ata BENAR since u brani sebar fitnah.if xbrani then minta maaf to me n ammar!" yang ditulis 14 Februari lalu pada pukul 9.59 malam.

Sebelum ini, kekasihnya Ammar Alfian Aziz turut dikecam kerana melemparkan kata-kata kesat dan ugutan membunuh kepada wartawan hiburan Malaysia. Malah dalam kenyataanya baru-baru ini di sebuah akhbar tempatan dia enggan meminta maaf atas perbuatannya itu.

Info : Mstar

Zoom : Apa kata anda ? Wartawan salah ? Tangkap Muat ? Patutkah menggunakan AL-Quran ?