Ku sangkakan mendung hingga ke petang namun hujan lebat melanda artis ini, jika sebelum ini gossip mengenai keluarga ini sunyi sepi seketika namun cerita mereka kini menjadi perhatian kerana anak-anak.
Memaparkan catatan dengan label Waheeda. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Waheeda. Papar semua catatan
September 24, 2010
Disember 18, 2009
(Gossip) Waheeda Dah Berpurdah ???
Sama-sama kita tunggu "Statement" Waheeda atau pun Ustaz Akhil nanti...
Apa kata anda ?
Baca Selanjutnya
November 01, 2009
(Gambar) Persandingan Akhil Dan Waheeda !!!!
Akhil sebelum itu memohon maaf terlebih dahulu kerana takut ada pihak lain yang terasa. Yang penting dia menjaga anak-anak yang berada di depan matanya dan biar Allah menentukan segalanya yang akan berlaku kemudian hari.
“Tiada bapa yang tidak ingat anak-anak.. perpisahan hanya berlaku antara ibu dan bapa, bukannya dengan anak-anak,” ujarnya ringkas.
Waheeda pula menambah, “Kami izinkan dua beradik itu untuk berhubung dengan adik-beradik yang lain kerana silaturahim itu penting.”
Penyanyi popular lagu ‘Wassini’ ini juga bersyukur kerana kedua anak Akhil menerima dirinya seadanya dan memanggilnya ‘mama’.
Baca Selanjutnya
“Alhamdulillah, saya terharu dengan penerimaan mereka. Setelah menjadi ibu kepada dua anak ini, saya semakin sibuk mengendalikan makan minum dan aktiviti harian mereka sehingga langsung tidak terfikir untuk kembali ke bidang seni.
“Walaupun mereka bukan anak kandung saya, saya tetap memberikan kasih sayang yang sama rata.
“Letih macamana pun, saya terpaksa berkorban demi kebahagiaan anak-anak ini,” beritahunya disusuli dengan ucapan terima kasih kepada semua pihak yang banyak membantu menjayakan majlis ini termasuk Nasyid.Majlis resepsi sebelah pihak lelaki akan dilangsungkan di Gopeng, Perak pada 7 November ini.
Zoom KOmen: ini lah bait-bait kata dari seorang suami yang sedang bahagia bersama isteri tercinta,walaupun persandingan lewat namun raut wajah kedua-dua penggantin berseri-seri..Apa KOmen anda !!?
Oktober 30, 2009
(Gossip) Akhil Hayy & Waheeda Nikah 16/08/2009, Naik Pelamin 31/10/2009!!
Menurut wakil pasangan itu, Pengurus Media, PRO Event Management & Consultancy, Noorlizawati Mohd Akil ketika dihubungi, acara berlangsung hingga jam 5 petang manakala pengantin dijangka sampai ke lokasi majlis jam 2.30 petang.
Katanya, ketika ini persiapan seperti pelamin dan meja makan sibuk dilakukan. Sebelum acara kemuncak esok diadakan, persiapan akhir bersama pengantin dilakukan hari ini untuk memastikan segala susun atur mengikut perancangan.
"Mengenai jemputan, ia terhad kerana tempat tidak terlalu besar. Anggaran lebih 1,000 tetamu dijangka hadir pada majlis ini.
Baca Selanjutnya
"Bagi memeriahkan majlis, tiga kumpulan nasyid iaitu Wildan, Far East dan In Team akan tampil membuat persembahan. Untuk pihak media, sidang media diadakan selepas sesi fotografi pengantin bersama anggota keluarga selesai.
"Sebenarnya, persiapan menerusi perbincangan antara kedua-dua pihak keluarga pengantin bermula lebih sebulan lalu. Ketika awal perbincangan lalu , pengantin turut hadir untuk beri pandangan.
"Bagi syarikat PRO Event Management & Consultancy, kami bertanggungjawab membuat atur cara majlis dan menguruskan jemputan media. Apa yang dimaklumkan pihak keluarga pengantin, majlis persandingan akan diadakan ringkas diikuti makan beradab dan acara memotong pulut kuning.
"Buat masa ini, semua persiapan berjalan lancar dan untuk jemputan kepada peminat, ia diuruskan keluarga pengantin sendiri dan pada majlis ini nanti, sesi fotografi bersama peminat juga diadakan ,"katanya.
Mengenai konsep dan pemilihan pakaian pengantin yang akan digunakan esok, Noorlizawati sekadar menyatakan pengantin ingin membawa konsep pakaian Arab. Untuk persandingan kedua di pihak lelaki pula, ia masih dalam perbincangan tetapi tarikh ditetapkan pada 7 November nanti bertempat Gopeng, Perak.
Noorlizawati juga memaklumkan jemputan kepada media hanya dibuat menerusi faks kerana kad jemputan terhad.
Info: Metro
Zoom Komen: Naik pelamin juga pasangan konterversi ini, zoom fikir tak merasalah si waheeda ni naik pelamin.Zoom pun tak tau kenapa orang kat rumah ni tak suka dengan waheeda, zoom nak tau apa pandangan anda mengenai naik pelamin pasangan ini...!!! mungkin zoom ingin kepastian apakah yang membelengu fikiran orang kat rumah ni membenci Waheeda!!! Apa Komen anda?..Tapi sebelum tu, sama-samalah kita mendoakan pasangan ini bahagia hingga ke akhir hayat...!!!
September 04, 2009
(Gossip) Waheeda Jadi PA Ustaz Akhil !!!!

BAGI pasangan pengantin yang baru sahaja diijab kabul, percutianbulan madu sering diberi perhatian kerana ia dikatakan mampumeninggalkan kenangan manis buat pasangan terbabit.
Bagaimanapun, bagi penyanyi, pendakwah dan pengacara, Akhil Hayybersama pasangannya, Waheeda, mereka tidak menjadikan bulan madusebagai agenda utama selepas bergelar suami isteri pada 16 Ogos lalu.
Sebaliknya, Akhil menjadikan bulan Ramadan dan sambutan Hari RayaAidil Fitri kali ini sebagai peluang terbaik untuknya mengeratkan lagihubungan Waheeda dengan dua anaknya.
"Untuk bulan puasa ini tumpuan ana (saya) ialah bagi mengeratkanlagi hubungan isteri ana (Waheeda) dengan dua anak ana iaitu SitiNurmaisarah dan Mohd. Sharif Hidayatullah.
"Antaranya dengan membawa isteri ana dan anak-anak ana itu berbukapuasa di kampung keluarga ana di Gopeng, Perak, pada 1 Ramadan lalu.Tidak lama selepas itu kami berpuasa pula di rumah keluarga Waheeda diBukit Jelutong, Shah Alam.
"Secara tidak langsung, ana anggap ini juga suatu honeymoon (bulan madu) kami," katanya kepada Hits ketika ditemui pada majlis Astro Raya Screening 2009 di Rumah Malaysia, Bukit Jalil, Kuala Lumpur, baru-baru ini.
Pada pertemuan itu, Akhil hadir seorang diri tanpa Waheeda disisinya kerana difahamkan isterinya itu kurang sihat dan lebih senangberbuka puasa bersama-sama anak-anak tirinya di rumah mereka.
Selain melakukan ibadah puasa bersama-sama, bekas vokalis kumpulanrock D' Riyadh itu juga akan mengambil peluang yang sama sewaktumenyambut Hari Raya Aidil Fitri yang akan menjelang tidak lama lagi.
Kata Akhil yang juga pengacara sebuah rancangan dakwah, Cafe Akhil di Astro Oasis, dia sudah merancang perjalanannya untuk menyambut lebaran kali ini bersama isteri yang baru dinikahinya itu.
"Untuk program sempena raya kali ini ana sudahpunmembahagi-bahagikan perjalanan kami sekeluarga. Pada 1 Syawal kamisekeluarga akan beraya di rumah keluarga ana di Gopeng.
"Selepas itu, mungkin pada raya yang ketiga kami akan pulang berayadi kampung keluarga Waheeda di Johor Bahru. Ini antara peluang terbaikbagi Waheeda merapatkan lagi hubungannya dengan anak-anak ana," ujarnya.
Majlis pernikahan mereka yang diadakan secara sederhana dengandihadiri sanak saudara terdekat di Kuala Kubu Baru, Selangor itu seakankurang lengkap tanpa adanya majlis resepsi.
Justeru, Akhil kini sedang sibuk menguruskan majlis resepsi itu yangbakal diadakan pada 31 Oktober ini bagi menjemput rakan taulan danpihak media massa yang ramai tidak berpeluang hadir pada majlis akadnikah tersebut.
"Selepas puasa dan raya nanti, tumpuan ana terhadap majlisperkahwinan kami pula. Ia akan diadakan pada 31 Oktober ini di DewanGuthrie, Bukit Jelutong, Shah Alam, Selangor.
"Di samping rakan-rakan dan media massa, ana juga akan menjemputrakan-rakan artis seperti kumpulan In-Team untuk mengadakan persembahanbagi menghiburkan para tetamu pada majlis itu nanti.
"Sementara pada 7 November ini pula majlis resepsi akan diadakan diDewan Gopeng di kampung ana di Gopeng. Ana sengaja tidak mahu buat dirumah kerana ibu ana, Azizah Daud (72 tahun) sekarang ini agak uzur,"jelasnya.
Bercerita tentang pengalaman rumah tangganya bersama Waheeda, beliaubersyukur kerana isterinya itu tiada masalah untuk menyesuaikan dirisebagai suri rumah sepenuh masa selepas bersara sebagai penyanyi.
Malah, tambah Akhil itu tidak bermakna bakat seni Waheeda akanberkubur begitu sahaja, sebaliknya ia akan digunakan bagi membantuperjalanan kariernya sebagai penyanyi, pengacara dan pendakwah sepenuhmasa.
"Kebetulan ana mempunyai studio sendiri di rumah. Jadi Waheeda bolehcipta lagu untuk ana nyanyikan pada masa depan. Secara tidak langsung,dia adalah PA (pengurus peribadi) ana walaupun tidak dibayar gaji,"katanya lagi sambil ketawa kecil.
KREDIT 2 UTUSAN MALAYSIA
Zoom KOmen: BAgusLa tueeee Save sikit belanja nak cari PA..Pa Kat LUar kat rumah pun sama lagie terancang..Semoga Berbahagia Ustaz Akhil..!!
Ogos 25, 2009
(Video) Pernikahan Ustaz Akhil Dan Waheeda
Ahkil didalam Metro Membuat kenyataan akan menyaman mana-mana blog yang sengaja membiarkan komen menghina Akhil dan isterinya.Blog mana la tue erkk :P zoom tau tapi malas nak bagi tau blog mana satu..Blog nie memang terlepas pandang komen pelawat.
Nak buat macam mana,kekadang ada user yang tak berdaftar pun boleh post.Tetapi komen yang berbaur penghinaan dan hasutan dapat di tapis atau delete jika tidak berkenaan.
Apa Pandangan Anda mengenai Video dan Saman Yang akan Ustaz Akhil !!!
Labels:
Isteri Ustaz Akhil,
perkahwinan,
Ustaz Akhil Havy,
video,
Waheeda
Ogos 17, 2009
(Gambar) Waheeda Dan Akhil By Private Photo !!!

Gambar ni private nyer,Mamber Dak Opis zoom keje fotografi..DApatlah share kat u alls..ok la layan la gambar Pengantin kedua kat bawah ni ..Nak sambung keje jap..

(Hot News) Ustaz Akhil Dan Waheeda sah Dah Kahwin !!!!

KUALA KUBU BHARU: “Ana harap semua kemelut dan gosip dinoktahkan dengan ijab kabul. Ini (pernikahan) juga doa daripada kalian semua (wartawan),” kata penyanyi, pengacara dan penceramah bebas, Akhil Abdul Hai atau lebih dikenali sebagai Akhil Hayy selepas selamat diijab kabulkan dengan penyanyi Waheeda, semalam.
Akhil, 40, menganggap pernikahan mereka sebagai ketentuan Allah selepas berdepan dengan pelbagai tohmahan sebelum ini.
“Sebelum ini ana ada menyatakan senang dengan sikap dia (Waheeda) dan tuan punya dunia membuka pintu hati ana untuk kembali berumah tangga selepas berstatus duda.
“Ana tidak boleh kata tiada perasaan cinta (kepada Waheeda) kerana Allah mencampakkan ke hati setiap manusia rasa kasih sayang dan ini satu amanah berat kepada ana, bukan saja untuk membimbing Waheeda malah keluarga,” katanya ketika ditemui selepas majlis akad nikah mereka di Majlis Jamek Ar-Rahimah di sini, semalam.
Zoom Comment : Memang sah dah kahwin Ustaz dan waheeda,Semoga perkahwinan ini akan membuatkan segala gossip liar akan hilang.Kami warga zoom mendoakan semoga ustaz bahagia bersama isteri baru :P.
(Hot News) Ustaz Akhil Dan Waheeda Dah kahwin !!!

Seorang pembaca Satu website ni telah menghantar email mengenai pernikahan Akhil Hayy & Waheeda yang berlangsung di Kuala Kubu Baru, semalam. Mungkin Akhil Hayy ingin mengelakkan cerita liar kisah cinta’nya dengan Waheeda, sehingga mencemarkan namanya, lantas keputusan untuk berkahwin di Masjid Ar Rahimah dapat mengurang’kan sedikit persepsi negatif masyarakat terhadapnya.
Kesahihan cerita ini belulm dapat dipastikan,apa2 nanti zoom post..apa lagie komen la Citer ni..sure panas macam pisang goreng kat paper..!!
href="https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEiSTm9S0-RV7gEFf3rd9H53ORqn73Qh0f89WfZT4GpAZ2Db1B2-rlRfTAfmAYnNW-JlUfRhkp3CmHZRuDzm6v1TojSAHgxddTE1J9nmXAlSY9axC0RicsXuxpioIIJDiQuuHxYD7Zkk8HI/s1600-h/ah&w.jpg">

Labels:
Artis Malaysia,
Celebrity News,
gossip,
Hot News,
perkahwinan,
Ustaz Akhil Havy,
Waheeda
Mei 31, 2009
(gossip) Saya tak musuhi Waheeda – Maizawati ???

Bagaimana dengan keputusan Maizawati? Adakah hendak teruskan hasrat menuntut cerai?
Ya! Saya sudah dengan keputusan saya. Saya akan buat tuntutan cerai pada 2 Jun ini. Saya mahu ustaz Akhil balik ke Ipoh nanti untuk memudahkan urusan berkenaan. Saya dah hantar SMS (khidmat pesanan ringkas) tetapi dia tak balas sampai sekarang.
Tak menyesal dengan keputusan ni?
Tak. Saya tak akan tarik balik keputusan saya. Saya dah minta pandangan keluarga dan mereka semua tak campur tindakan saya ini. Syukurlah setakat ini ramai yang menyokong keputusan saya.
Adakah masih sayangkan Akhil?
Dia suami saya. Mestilah sayang. Tapi nak buat macam mana? Saya anggap sudah tak ada jodoh. Cuma saya mahu lepas ni dia tak abaikan tanggungjawab dia pada anak-anak kalau dia nak kahwin lain. Saya berdoa agar dia bahagia. Saya tuntut cerai ni pun selepas fikir masak-masak. Bukan niat nak aibkan sesiapa.
Macam mana perangai ustaz Akhil ni sebenarnya? Kaki perempuan ke?
Perangai? Dia seorang suami yang baik. Saya kenal dia sebab dia suami saya. Saya bahagia dengan dia. Cuma masa dia kata nak kahwin dengan Waheeda pada bulan Februari lalu, saya terkejut. Tapi lepas tu saya bagi keizinan. Saya sanggup bermadu.
Kalau suami seorang yang baik, sepatutnya ada usaha untuk selamatkan keadaan.
Saya dah usaha tetapi seperti ada sesuatu yang tak kena. Akhirnya biarlah saya buat keputusan untuk menuntut cerai selepas hasrat saya untuk bermadu juga tak mendapat keputusan yang baik.
Mungkinkah Waheeda tak mahu bermadu?
Tak tahulah. Mungkin kot. Sedangkan saya sanggup sebelum ni.
Waheeda kecewa dan merancang nak dedahkan sesuatu kalau Maizawati terus membuat kenyataan. Apa komen?
Saya tak nak besarkan perkara ini. Dia nak dedahkan apa tentang saya kerana saya hanya membuat kenyataan media untuk menuntut cerai. Saya tak burukkan sesiapa malah memberi laluan untuk dia berkahwin dengan suami saya. Saya ambil masa dua tahun melihat dakwaan orang mengenai gosip suami dengan Waheeda. Ini (memohon cerai) adalah keputusan terbaik.
Mungkin dia kurang senang selepas membaca kenyataan Maizawati.
Buat apa dia nak melenting. Bukan saya rampas suami dia pun. Ustaz tu suami saya. Sekarang ni saya tak mahu keadaan menjadi lebih teruk. Lagipun saya dah buat keputusan untuk bercerai.
Ada pendapat mengatakan Maizawati terlalu mengawal suami. Dalam perkataan lain dipanggil queen control. Apa komen?
Kalau betul saya kontrol ustaz, takkan perkahwinan kami bertahan macam ni (13 tahun). Kalau betul juga saya kontrol, takkan ustaz dapat berjalan dengan Waheeda ke sana kemari? Kalau Saya kontrol dia, takkan dia (Waheeda) ada peluang nak “masuk jarum”? kita boleh fikir secara logik.
Apa nasihat Maizawati kepada Waheeda?
Saya berharap dia dapat jadi isteri yang baik dan soleh. Jaga hati semua orang. Jangan ungkit benda yang dah berlaku. Jangan buka semua cerita. Saya dah bagi keizinan dia kahwin dengan suami saya, buat apa dia macam nak marahkan saya? Kalau nak fikirkan secara logik, saya yang sepatutnya serang dia dulu tapi saya tak macam tu. Saya tak ada masalah untuk bermadu.
Nak cakap apa kepada Akhil?
Semoga apa yang dia buat tu terbaik untuk diri dia. Minta dia tak abaikan tanggungjawab kepada anak-anak. Saya harap selepas ni tidak ada pihak yang hendak bermusuh dengan saya. Kita boleh jadi kawan. Saya pun tak ada masalah berkawan dengan Waheeda.
Labels:
akhil,
Cerita Artis,
Family Artis,
gossip,
Isteri Ustaz Akhil,
Pelakon Malaysia,
Waheeda
Mei 27, 2009
(Gossip) Ustaz Akhil Havy Gagal Di Hubungi ???

Seperti yang disiarkan Harian Metro (HM), kelmarin, Maizawati membuat pengakuan bahawa Akhil tidak pulang ke rumah untuk menjenguknya dan enam anak mereka sejak Februari lalu, menyebabkan dia mahu menuntut cerai.
Puas dihubungi bagi mendapatkan penjelasan, penyanyi yang muncul dengan dua album iaitu Nasyid Lagenda II dan Album Zikir Kembara Sufi di bawah syarikat rakaman Inteam Records itu tidak berjawab.
Masalah yang sama turut dihadapi rakannya juga Pengarah Urusan Inteam Records, Izham Mat Shah.
Katanya sewaktu dihubungi, mereka cuba menghubungi Akhil bagi mengetahui perkara sebenar tetapi sehingga kini usahanya itu gagal.Secara jujur saya, mahupun kakitangan di Inteam Records tidak mengetahui langsung mengenai perkara itu. Sudah tentu apabila membacanya dalam HM membuatkan kami semua terkejut.
Memang benar sepanjang berurusan, sesekali Maizawati ada menghubungi saya tetapi biasanya ia membabitkan urusan kerja dan tiada kena-mengena dengan perkara peribadi.
Biasanya Maizawati akan bertanya mengenai kerja rakaman yang dilakukan Akhil sama ada berjalan lancar atau tidak. Dia juga tidak pernah bertanya mengenai hubungan suaminya dengan Waheeda," katanya.
Bercerita lanjut mengenai usaha Akhil yang mahu membantu Waheeda menerbitkan album nasyid, kata Izham pihaknya tidak mengetahui perkembangan lanjut mengenainya.
Cuma sebelum ini dia ada berkata mengenai usahanya itu dan meminta kami membantu dari sudut rakaman dan pengedaran.
Izham mengakui apabila berita ini disiarkan, imej ditampilkan Akil selama ini sedikit sebanyak terjejas, lebih-lebih lagi apabila ramai peminat menghubungi Inteam Records dan mempertikaikan tindakannya itu.
Sementara itu Penerbit Cafe Akhil Hayy, Zahrul Alam sewaktu dihubungi menafikan pemilihan Waheeda sebagai pelakon pembantu dengan menjadi isteri Akhil untuk musim baru adalah kehendak penceramah bebas terbabit.
Sebenarnya ia bukan keputusan individu tetapi membabitkan semua pihak termasuk pengarah dan pihak Astro Oasis sendiri. Sebelum penggambaran dilakukan kami berbincang terlebih dulu bagi melihat kesesuaiannya dengan konsep rancangan," katanya.
Menjelaskan mengenai keserasian 'luar biasa' yang wujud antara Akhil dan Waheeda sepanjang rancangan Cafe Akil Hayy dilakukan, katanya perkara itu tidak berlaku.
Selaku penerbit saya jarang berada di lokasi, bagaimanapun apabila turun saya nampak hubungan mereka biasa saja. Akhil melayan Waheeda seperti rakan artis lain," katanya.
Menyentuh mengenai jumlah penonton untuk musim baru ini selepas timbul gosip cinta antara Akhil dan Waheeda, kata Zahrul pihaknya menggabungkan mereka berdua dalam satu rancangan bukan kerana mahu menaikkan rating.
Itu bukanlah tujuan kami. Lagipun sebagai penerbit saya belum menerima laporan membabitkan jumlah penonton untuk musim terbaru.
Bagaimanapun saya mengharapkan rancangan itu tidak menjadi bahan sensasi selepas timbul isu ini," katanya.
(Gossip) Wardina Dan Isteri Ustaz Akhil Di Harian Metro !!??

KUALA LUMPUR: Isteri kepada penceramah bebas, Akhil Hayy, Maizawati Zainal mengibaratkan dirinya seperti ‘bom jangka’ berhubung gosip suaminya dengan penyanyi berirama padang pasir, Waheeda.
Ketika ditemubual dalam rancangan Wanita Hari Ini (WHI) terbitan TV3 di sini, semalam, dia mengaku kini tidak mampu lagi menahan sabar hingga sanggup meluahkan ‘pemberontakannya’ melalui media dengan kemunculan pertama, Ahad lalu.
Maizawati menjelaskan bahawa kemunculannya di televisyen dan media cetak sebagai cara untuk menamatkan kekusutan yang berlaku.
“Tindakan saya membuat pengakuan di media bukan untuk memburukkan sesiapa, sebaliknya menutup semua cerita yang didengar dengan keputusan muktamad.
Info : Metro
Labels:
Celebrity News,
Cerita Artis,
Family Artis,
gossip,
Macam-macam,
Media,
Ustaz Akhil Havy,
Waheeda
Mei 10, 2009
Artis Malaysia : Bukan ana pegang si Wawa - Akhil turut jawab isu rambut rebonding dan gelaran ustaz
"DON'T wake up the sleeping dog," pesan Akhil Hayy, 40, ketika ditanya perihal kontroversinya yang tidak pernah surut. Sememangnya penyanyi rock yang kemudian bergelar ustaz ini tidak habis-habis dikaitkan dengan penyanyi irama padang pasir, Waheeda, 31.
Mula-mula dikatakan bernikah secara senyap-senyap, kemudian menonton wayang pada tengah malam dan minggu ini, kecoh pula tentang gambar santai di tepi pantai.
Ia dikatakan gambar-gambar Akhil melepak dengan Waheeda di atas pasir bersama beberapa orang lagi yang wajah mereka telah dikaburkan.
Kononnya, mereka pergi makan ikan bakar di Port Dickson setelah habis penggambaran. Seorang lagi wanita dalam gambar itu didakwa seorang pelakon yang pernah hangat dengan aksi seperti seorang lesbian.
Bagaimanapun, Akhil yang dihubungi Sensasi Bintang semalam enggan memberi komen. Seperti biasa, dia tidak mahu mengiya ataupun menidakkannya.
"No komen, no komen. Ana (saya) tidak mahu cakap apa-apa. Cuma ana boleh katakan bahawa gambar itu diambil untuk adegan-adegan lakonan.
"Kalau ana cakap lebih-lebih orang boleh menyampah dengan ana," ujarnya yang menganggap gosip dirinya dan Waheeda yang tidak pernah selesai merupakan ujian paling besar dalam hidupnya.
"Dengan kecanggihan dunia Internet, orang boleh buat apa sahaja. Mereka bebas menyiarkan gambar. Bukan industri seni sahaja tetapi semua termasuk politik," ujarnya.
Akhil menambah: "Ana tidak faham, kenapa orang mahu kecoh-kecoh. Bukan ana pegang si Wawa (panggilan Waheeda) pun dalam gambar tu. Lepas itu mereka kaburkan gambar dua orang lagi. Kenapa?," Akhil bertanya kembali.
Sampai bila agaknya orang akan terus bercerita, tanya saya. "Jawapan bagi persoalan ini (hubungan dengan Waheeda) tidak ada. Jadi jangan direka-reka.
"Ini semua dugaan bagi ana. Ana terima," terang Akhil lagi yang menyatakan dia tidak rimas dengan pertanyaan umum. Baginya, selagi orang bertanya maka selagi itulah orang mengambil tahu akan dirinya.
"Agaknya kalau ana hanya berdakwah di dalam masjid dan surau, sudah tentu tiada cerita kontroversi ana. Tiada ada orang mahu fitnah itu dan ini," kesalnya yang memang telah masak dengan lumrah hidup selebriti.
"Ana mahu orang lebih ambil tahu akan dakwah dan karier ana. Ana takut orang menyampah pula dengan ana disebabkan kontroversi demi kontroversi," kata Akhil lagi.
Selain heboh cerita dia dengan Waheeda, ada juga yang mempertikaikan rambut lurus ala rebonding Akhil. Ketawa sahaja Akhil mendengarnya.
"Dulu rambut ana panjang, orang bercakap juga. Kalau nak tahu, rambut asal ana adalah kerinting. Jadi ana luruskan agar senang diurus. Ikut sunah Nabi, ana potong hingga ke paras bahu. "
Akhil yang dipanggil Ustaz Rock ini mahu khalayak lebih menumpukan kepada rancangan Cafe Akhil Hayy yang ditayangkan pada setiap Rabu pukul 7.30 malam di Astro Oasis.
Imbasnya, gelaran ustaz itu sudah diberikan sejak tahun 1986 tanpa pintanya. Itu jawapan bagi yang mempertikaikan bagaimana dia boleh dipanggil ustaz.
Gelaran itu, katanya, sudah sinonim dengan dirinya dan dia menerima dengan hati yang terbuka.
Sebelum mengakhiri perbualan telefon, Akhil menyeru agar umum tidak menghukum dirinya.
"Cukuplah dengan mengkritik, bukan menghukum kerana yang boleh menghukum hanya Allah. Bila ada bukti jelas, nyata dan terang maka barulah mereka (masyarakat) boleh bersuara dan menghukum."
Perancangannya kini selain berdakwah melalui televisyen, Akhil dalam rangka menyiapkan album yang terkandung lapan buah lagu-lagu ketuhanan. "Semuanya sedang berjalan lancar," katanya.

Artis Scandal,
gossip,
Macam-macam,
Sembang,
Waheeda
Mei 04, 2009
Akhil Hayy Mengaku Berkahwin Dengan Waheeda?
Akhil Hayy mengaku Waheeda isterinya!
Waheeda akan berlakon sebagai isteri Akhil Hayy dalam program Cafe Akhil Hayy untuk musim kedua.
SETELAH sekian lama asyik menepis spekulasi dan persoalan ramaitentang hubungan sebenar mereka, penyanyi nasyid dan penceramah bebas, Ustaz Akhil Hayy akhirnya membuat pengakuan bahawa penyanyi popular, Waheeda adalah isterinya.

Lebih setahun kisah ‘panas’ mereka hebat diperkatakan. Dalam tempohitu, banyak juga kenyataan yang dikeluarkan oleh Waheeda dan Akhil sendiri berikutan isu mereka dikatakan telah berkahwin dan Waheeda menjadi isteri kedua Akhil.
Enggan menyembunyikannya lagi, Akhil akhirnya mengaku tentang ’status’mereka itu.
“Saya ingin membuat pengakuan di sini bahawa Waheeda adalah isteri saya…tetapi hanya di dalam program Cafe Akhil Hayy untuk musim kedua,” kata penceramah bebas berusia 39 tahun itu yang ditemui padamajlis pelancaran program itu di Ampang, semalam.
Ternyata ‘gimik’ yang dibuat oleh Akhil itu agak mengejutkan media yang hadir di majlis tersebut yang rata-ratanya merasakan mereka akan membuat satu ‘pengumuman’ istimewa di situ apatah lagi bila melihat ibu bapa Waheeda sendiri hadir ke majlis itu bersama anaknya.
Malah, sikap ’sporting’ yang dipamerkan oleh Waheeda dan Akhil yang akhirnya sanggup bergambar secara berdua pada majlis itu meyakinkan ramai media bahawa ‘pasangan’ ini mungkin sudah bersedia untuk ‘mendedahkan’ status sebenar mereka.

gadis Melayu,
gossip,
Pelakon Malaysia,
Waheeda
Langgan:
Catatan (Atom)