Ku sangkakan mendung hingga ke petang namun hujan lebat melanda artis ini, jika sebelum ini gossip mengenai keluarga ini sunyi sepi seketika namun cerita mereka kini menjadi perhatian kerana anak-anak.
Ikuti cerita keluarga ini dari Mstar hari ini :
Maizawati berkata sebagai seorang ibu dia amat sedih kerana tidak dapat bertemu dua orang anaknya iaitu Siti Nur Maisarah, 13, dan Mohd Sharis, 12, selain beranggapan anak-anaknya itu sudah diracun fikiran supaya membencinya.
Siti Nur Maisarah dan Mohd Sharis diserahkan kepada Akhil selepas penyanyi itu mendirikan rumahtangga dengan Waheeda pada 17 Ogos 2009.
Empat orang lagi anak Akhil dan Maizawati iaitu Diana Sofea, 17, Daniel Arif, 16, mohd shakir, 9, dan Mohd Syathiri,4, berada di bawah jagaan Maizawati.
Dan menurut Maiza;
"Waheeda dan Akhill sudah tukar nombor telefon dan hanya nombor abang kepada Akhill sahaja yang saya ada dan dia yang menjadi orang tengah diantara kami.
"Saya hanya diberi kebenaran untuk berjumpa dengan anak-anak jika mereka balik kampung di Gopeng, Perak.
"Setahu saya, sebelum ini, Akhil tidak ada apa-apa masalah dengan saya cuma perempuan itu (Waheeda) yang bermasalah dengan saya," ujarnya.
"Saya tak pernah pun kacau hidup dia, kenapa perlu dia burukkan saya kepada anak-anak? Itu sudah melampau.
"Kadang-kala saya bertanya sendirian, apa gunanya dia bertudung jika berpelakuan begitu? Sepatutnya, sebagai saudara sesama Islam, kita perlu berbaik antara satu sama lain," tegasnya
Zoom : semoga di selesaikan secara baik...