Memaparkan catatan dengan label Ustaz Akhil Havy. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Ustaz Akhil Havy. Papar semua catatan

Mac 13, 2012

Akhil Hayy Pengacara Imam Muda 3

Dengar khabar Akhil Hayy akan menjadi pengacara Imam Muda 3 nanti, berita ini ZoOM jumpa di laman forum yang bercerita mengenai suami Waheda akan memikul tugas sebagai pengacara program berunsurkan agama (Imam Muda).

Ia hanyalah cerita dan omong-omong kosong tetapi jika betul pun apa salahnya dan sama-sama kita nantikan kehadiran program Imam Muda 3 yang akan menemui anda tidak lama lagi.


Jika Dah Baca ClickLah Like @ Share !!

Januari 18, 2011

Komen Seorang Blogger Mengenai MLM Ustaz Akhil - AKHIL NETWORK

Jika ingin mendapatkan sesuatu kita kena ikhtiar untuk mencapainya, begitu jugalah kisahnya mengenai Ustaz Akhil yang kini sedang bergiat dalam perniagaan MLM. ZoOm malas nak memihak kepada mana-mana pihak sebab belum arif sangat mengenai perniagaan ini samada halal ataupun haram.

Namun daripada satu laman blog ini aididmuaddib.blogspot.com. dengan hebat mengkritik Ustaz Akhil yang dikenali sebagai pendakwa dan penyanyi. Ikuti luahan sipenulis mengenai MLM Ustaz Akhil Network.

Januari 07, 2010

(Gossip) Bakal Suami Terima Maiza Usia Beza 10 Tahun


Bagi Zoom memang sepatutnya Maiza mendirikan rumahtangga dalam keadaan sekarang, tahniah juga Zoom ucapkan kepada bakal suami kerana berani mempertaruhkan masa depan untuk isteri tercinta.Semoga kalian kekal hingga akhir hayat, yang lepas dijadikan pengajaran utuk bekal untuk kehidupan seterusnya.Mari kita ZoOm kisah bakal suami Maiza yang usia berbeza 10 tahun malahan akan menjadi bapa kepada anak-anak Maiza...!!



Baca Selanjutnya

Usia yang berbeza 10 tahun tidak dapat menghalang Maizawati Zainal untuk memilih wanita itu sebagai suri hidupnya pada Mei depan. Pemuda yang mahu dikenali dengan nama ‘M’, 24, berkata dia tidak pernah terfikir tentang faktor itu. Namun, dia lebih senang melabelkan perkahwinannya dengan bekas isteri penyanyi dan penceramah bebas Akhil Hayy itu untuk mengikut sunnah Rasulullah.


“Saya tidak nafikan bahawa ramai remaja lebih selesa memilih pasangan yang lebih muda untuk dijadikan isteri. Namun, dengan kuasa Allah, saya tidak menyedari bagaimana saya boleh menyukainya. Pada mulanya timbul rasa kasihan kepadanya, namun lama-kelamaan saya mula sayangkan dia. Dia pandai menghiburkan hati saya yang kadangkala stres bekerja di dapur. Selepas bekerja, kami selalu berbual dan bertanya khabar. Walaupun jarang berjumpa, tetapi hubungan kami mudah serasi,”
ujar M yang sudah dua tahun bekerja sebagai chef di sebuah restoran masakan Jepun di Singapura.

Bercerita mengenai pertemuannya dengan Maiza, dia yang berasal dari Likas, Sabah berkata, mereka terserempak di sebuah restoran di Bukit Bintang, Kuala Lumpur selama dua kali berturut-turut pada hari yang sama setahun lalu. Ikutkan rancangan, pasangan ini menetapkan untuk berkahwin pada Februari ini namun akhirnya terpaksa menunda kepada Mei depan atas alasan ibu M sedang menjalani rawatan untuk mengubati Migrain. Ditanya mengenai penerimaan keluarga masing-masing, M berkata keluarganya mahupun Maiza tidak membantah niat perkahwinan mereka.

“Keluarga saya jarang berjumpa dengan Maiza. Itu pun semasa Hari Raya lalu. Saya juga telah berjumpa beberapa kali dengan keluarganya. Insya-Allah, saya juga sudah bersedia untuk bergelar bapa kepada anak-anak Maiza termasuk memikirkan tentang tanggungjawab kewangan dan sebagainya. Saya bukan jenis mengongkong malah kepercayaan saling menghormati antara satu sama lain amat penting dalam hubungan kami. Apa yang kurang dalam diri, saya akan cuba belajar daripadanya,” tutur anak kelima daripada tujuh beradik ini.

Walaupun tinggal empat bulan lagi untuk diijabkabulkan, M berkata mereka sudah mula melakukan sedikit persediaan. Ini kerana pasangan ini akan menjalani dua resepsi iaitu majlis pertunangan dan pernikahan pada hari yang sama. Seterusnya bersanding pada keesokan harinya. Kedua-dua resepsi itu akan dilakukan di Ipoh, Perak. Sebuah lagi resepsi dijangka akan dilakukan di Sabah seminggu selepas itu.

Zoom: Apa kata anda?

November 26, 2009

(Cerita Artis)Aikil Hayy: Sudah tiga tahun kes dengan JAIS tak selesai !!!


Zoom bukannya arif dalam bidang ini tetapi sekadar untuk panduan dan berkongsi maklumat dengan pembaca di zoomartis.Jum zoom kisah Ustaz Akhil ini !!!!

"Penceramah bebas dan penyanyi Akhil Hayy ditahan berceramah tanpa tauliah tiga tahun lalu oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) , dia berkata sehingga sekarang kes itu masih tak selesai lagi."



Baca Selanjutnya

"Sehingga sekarang saya perlu mengadap JAIS dahulu sebelum memberikan ceramah kerana sudah mengikut ‘standard’ mereka. Tapi saya hargai pihak Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) kerana saya mendapat kerjasama yang baik dengan mereka.

"Tidak lama lagi, saya dan Astro akan bekerjasama dengan Jawi untuk melakukan sebuah program tetapi tidak boleh dimaklumkan lagi kerana masih dalam perbincangan," ujarnya ketika dihubungi.

Apa komen anda mengenai topic ini !!!?

November 01, 2009

(Gambar) Persandingan Akhil Dan Waheeda !!!!



Akhil sebelum itu memohon maaf terlebih dahulu kerana takut ada pihak lain yang terasa. Yang penting dia menjaga anak-anak yang berada di depan matanya dan biar Allah menentukan segalanya yang akan berlaku kemudian hari.

“Tiada bapa yang tidak ingat anak-anak.. perpisahan hanya berlaku antara ibu dan bapa, bukannya dengan anak-anak,” ujarnya ringkas.

Waheeda pula menambah, “Kami izinkan dua beradik itu untuk berhubung dengan adik-beradik yang lain kerana silaturahim itu penting.”

Penyanyi popular lagu ‘Wassini’ ini juga bersyukur kerana kedua anak Akhil menerima dirinya seadanya dan memanggilnya ‘mama’.



Baca Selanjutnya




“Alhamdulillah, saya terharu dengan penerimaan mereka. Setelah menjadi ibu kepada dua anak ini, saya semakin sibuk mengendalikan makan minum dan aktiviti harian mereka sehingga langsung tidak terfikir untuk kembali ke bidang seni.


“Walaupun mereka bukan anak kandung saya, saya tetap memberikan kasih sayang yang sama rata.
“Letih macamana pun, saya terpaksa berkorban demi kebahagiaan anak-anak ini,” beritahunya disusuli dengan ucapan terima kasih kepada semua pihak yang banyak membantu menjayakan majlis ini termasuk Nasyid.

Majlis resepsi sebelah pihak lelaki akan dilangsungkan di Gopeng, Perak pada 7 November ini.

Zoom KOmen: ini lah bait-bait kata dari seorang suami yang sedang bahagia bersama isteri tercinta,walaupun persandingan lewat namun raut wajah kedua-dua penggantin berseri-seri..Apa KOmen anda !!?

Oktober 30, 2009

(Gossip) Akhil Hayy & Waheeda Nikah 16/08/2009, Naik Pelamin 31/10/2009!!



Menurut wakil pasangan itu, Pengurus Media, PRO Event Management & Consultancy, Noorlizawati Mohd Akil ketika dihubungi, acara berlangsung hingga jam 5 petang manakala pengantin dijangka sampai ke lokasi majlis jam 2.30 petang.

Katanya, ketika ini persiapan seperti pelamin dan meja makan sibuk dilakukan. Sebelum acara kemuncak esok diadakan, persiapan akhir bersama pengantin dilakukan hari ini untuk memastikan segala susun atur mengikut perancangan.

"Mengenai jemputan, ia terhad kerana tempat tidak terlalu besar. Anggaran lebih 1,000 tetamu dijangka hadir pada majlis ini.



Baca Selanjutnya


"Bagi memeriahkan majlis, tiga kumpulan nasyid iaitu Wildan, Far East dan In Team akan tampil membuat persembahan. Untuk pihak media, sidang media diadakan selepas sesi fotografi pengantin bersama anggota keluarga selesai.

"Sebenarnya, persiapan menerusi perbincangan antara kedua-dua pihak keluarga pengantin bermula lebih sebulan lalu. Ketika awal perbincangan lalu , pengantin turut hadir untuk beri pandangan.

"Bagi syarikat PRO Event Management & Consultancy, kami bertanggungjawab membuat atur cara majlis dan menguruskan jemputan media. Apa yang dimaklumkan pihak keluarga pengantin, majlis persandingan akan diadakan ringkas diikuti makan beradab dan acara memotong pulut kuning.

"Buat masa ini, semua persiapan berjalan lancar dan untuk jemputan kepada peminat, ia diuruskan keluarga pengantin sendiri dan pada majlis ini nanti, sesi fotografi bersama peminat juga diadakan ,"
katanya.

Mengenai konsep dan pemilihan pakaian pengantin yang akan digunakan esok, Noorlizawati sekadar menyatakan pengantin ingin membawa konsep pakaian Arab. Untuk persandingan kedua di pihak lelaki pula, ia masih dalam perbincangan tetapi tarikh ditetapkan pada 7 November nanti bertempat Gopeng, Perak.

Noorlizawati juga memaklumkan jemputan kepada media hanya dibuat menerusi faks kerana kad jemputan terhad.

Info: Metro

Zoom Komen: Naik pelamin juga pasangan konterversi ini, zoom fikir tak merasalah si waheeda ni naik pelamin.Zoom pun tak tau kenapa orang kat rumah ni tak suka dengan waheeda, zoom nak tau apa pandangan anda mengenai naik pelamin pasangan ini...!!! mungkin zoom ingin kepastian apakah yang membelengu fikiran orang kat rumah ni membenci Waheeda!!! Apa Komen anda?..Tapi sebelum tu, sama-samalah kita mendoakan pasangan ini bahagia hingga ke akhir hayat...!!!


September 04, 2009

(Gossip) Komen Maizawati Mengenai Isu Teman Lelaki !!


Sejak Maizawati Zainal bercerai dengan Akhil Hayy, rezeki Maizawati mencurah-curah. Dari menjadi duta bagi produk Koleksi Tudung Myza dan BondaMama anjuran Yayasan Pembangunan Nurhikmah (YPN) serta terbaru pelakon iklan komersil biskut D.Haiz Cookies sehingga lah beliau bakal menjadi seorang penyanyi.

Baru-baru ini, Akhil pernah mengeluarkan kenyataan yang dia tidak suka dengan apa yang dilakukan oleh Maiza kerana bekas isterinya itu masih dalam edah.

Lantaran itu, Akhil juga mendakwa bekas isterinya itu sudah mempunyai teman lelaki sekarang melalui sumber terdekatnya.

Ditanya kepada Maiza mengenai isu itu, wanita yang mempunyai enam orang anak ini hanya bertindak untuk mendiamkan diri dan tidak membalas kata-kata yang dikeluarkan oleh Akhil.

“Saya tak nak komen. Sudah habis tu, habislah..tiada apa-apa antara kami..kenapa nak sibuk-sibuk lagi?..,” ulas Maiza yang seakan-akan tidak berpuas hati dengan satu demi satu kenyataan yang dikeluarkan oleh Akhil sejak mereka bercerai.

Sebelum ini, Maiza pernah memberitahu yang dia memilih karier sebagai duta produk dan pelakon iklan komersil untuk menyara dua orang anaknya dengan bekas suami terdahulu dan ibunya yang tinggal bersamanya di Ipoh, Perak.

Akhil juga terlebih dahulu sudah menegur Maiza tentang statusnya yang masih dalam edah lantas menasihatkan wanita itu hanya berada di rumah, tidak bersolek tebal dan meminta izin daripadanya jika ingin keluar dari rumah atau melakukan kerja ‘baru’nya itu.

Bagaimanapun, Maiza selepas itu membidas kata-kata Akhil dengan mengatakan dia sudah pun meminta izin melalui khidmat pesanan ringkas (SMS).

Nampaknya kemelut antara Maiza dan Akhil masih belum terhenti walaupun mereka sudah berpisah.

“Berilah saya bernafas..,” luah Maiza akhirnya.

“Kita sudah bawa haluan masing-masing..maknanya dia sudah tiada kena-mengena dengan saya lagi,” akhiri Maiza.(mstar)

Zoom KOmen : Makin Panjang Citer ni...!!!!

(Gossip) Waheeda Jadi PA Ustaz Akhil !!!!


BAGI pasangan pengantin yang baru sahaja diijab kabul, percutianbulan madu sering diberi perhatian kerana ia dikatakan mampumeninggalkan kenangan manis buat pasangan terbabit.
Bagaimanapun, bagi penyanyi, pendakwah dan pengacara, Akhil Hayybersama pasangannya, Waheeda, mereka tidak menjadikan bulan madusebagai agenda utama selepas bergelar suami isteri pada 16 Ogos lalu.
Sebaliknya, Akhil menjadikan bulan Ramadan dan sambutan Hari RayaAidil Fitri kali ini sebagai peluang terbaik untuknya mengeratkan lagihubungan Waheeda dengan dua anaknya.
"Untuk bulan puasa ini tumpuan ana (saya) ialah bagi mengeratkanlagi hubungan isteri ana (Waheeda) dengan dua anak ana iaitu SitiNurmaisarah dan Mohd. Sharif Hidayatullah.
"Antaranya dengan membawa isteri ana dan anak-anak ana itu berbukapuasa di kampung keluarga ana di Gopeng, Perak, pada 1 Ramadan lalu.Tidak lama selepas itu kami berpuasa pula di rumah keluarga Waheeda diBukit Jelutong, Shah Alam.
"Secara tidak langsung, ana anggap ini juga suatu honeymoon (bulan madu) kami," katanya kepada Hits ketika ditemui pada majlis Astro Raya Screening 2009 di Rumah Malaysia, Bukit Jalil, Kuala Lumpur, baru-baru ini.
Pada pertemuan itu, Akhil hadir seorang diri tanpa Waheeda disisinya kerana difahamkan isterinya itu kurang sihat dan lebih senangberbuka puasa bersama-sama anak-anak tirinya di rumah mereka.
Selain melakukan ibadah puasa bersama-sama, bekas vokalis kumpulanrock D' Riyadh itu juga akan mengambil peluang yang sama sewaktumenyambut Hari Raya Aidil Fitri yang akan menjelang tidak lama lagi.
Kata Akhil yang juga pengacara sebuah rancangan dakwah, Cafe Akhil di Astro Oasis, dia sudah merancang perjalanannya untuk menyambut lebaran kali ini bersama isteri yang baru dinikahinya itu.
"Untuk program sempena raya kali ini ana sudahpunmembahagi-bahagikan perjalanan kami sekeluarga. Pada 1 Syawal kamisekeluarga akan beraya di rumah keluarga ana di Gopeng.
"Selepas itu, mungkin pada raya yang ketiga kami akan pulang berayadi kampung keluarga Waheeda di Johor Bahru. Ini antara peluang terbaikbagi Waheeda merapatkan lagi hubungannya dengan anak-anak ana," ujarnya.
Majlis pernikahan mereka yang diadakan secara sederhana dengandihadiri sanak saudara terdekat di Kuala Kubu Baru, Selangor itu seakankurang lengkap tanpa adanya majlis resepsi.
Justeru, Akhil kini sedang sibuk menguruskan majlis resepsi itu yangbakal diadakan pada 31 Oktober ini bagi menjemput rakan taulan danpihak media massa yang ramai tidak berpeluang hadir pada majlis akadnikah tersebut.
"Selepas puasa dan raya nanti, tumpuan ana terhadap majlisperkahwinan kami pula. Ia akan diadakan pada 31 Oktober ini di DewanGuthrie, Bukit Jelutong, Shah Alam, Selangor.
"Di samping rakan-rakan dan media massa, ana juga akan menjemputrakan-rakan artis seperti kumpulan In-Team untuk mengadakan persembahanbagi menghiburkan para tetamu pada majlis itu nanti.
"Sementara pada 7 November ini pula majlis resepsi akan diadakan diDewan Gopeng di kampung ana di Gopeng. Ana sengaja tidak mahu buat dirumah kerana ibu ana, Azizah Daud (72 tahun) sekarang ini agak uzur,"jelasnya.
Bercerita tentang pengalaman rumah tangganya bersama Waheeda, beliaubersyukur kerana isterinya itu tiada masalah untuk menyesuaikan dirisebagai suri rumah sepenuh masa selepas bersara sebagai penyanyi.
Malah, tambah Akhil itu tidak bermakna bakat seni Waheeda akanberkubur begitu sahaja, sebaliknya ia akan digunakan bagi membantuperjalanan kariernya sebagai penyanyi, pengacara dan pendakwah sepenuhmasa.
"Kebetulan ana mempunyai studio sendiri di rumah. Jadi Waheeda bolehcipta lagu untuk ana nyanyikan pada masa depan. Secara tidak langsung,dia adalah PA (pengurus peribadi) ana walaupun tidak dibayar gaji,"katanya lagi sambil ketawa kecil.

KREDIT 2 UTUSAN MALAYSIA

Zoom KOmen: BAgusLa tueeee Save sikit belanja nak cari PA..Pa Kat LUar kat rumah pun sama lagie terancang..Semoga Berbahagia Ustaz Akhil..!!

Ogos 30, 2009

(Gossip) Ustaz Akhil Cakap Maizawati Sudah Ada Kekasih Baru ?


Akhil menegur dan mempersoalkan sikap bekas isterinya, Maizawati yang dianggapnya telah membuat sesuatu yang tidak sepatutnya terjadi dalam masa tempoh edah penceraian mereka. Akhil dengan yakin mendakwa Maizawati sudah ada kekasih baru.

“Ana tidak kisah kalau anda semua (wartawan) hendak tulis atau tidak. Ada sumber yang cakap pada Ana yang dia (Maizawati) sedang bercinta dengan seseorang lelaki sekarang. Perempuan yang telah bercerai dengan suaminya sepatutnya perlu menjaga maruah diri sepanjang tempoh edah. Tapi yang berlaku sekarang adalah sebaliknya,” kata Akhil.

Zoom KOmen : ALahai Pak Uztaz Biar la isteri lama tue,dia pun nak teman jugak.Tak kan Enteee Jer nak ada teman..Betul tak u Alls ?

Info : OHBULAN

Ogos 28, 2009

(news) Maizawati Bakal Jadi Penyanyi Nasyid?

Sejak bercerai dengan penyanyi dan penceramah Akil Hayy, Zoom dengar macam-macam perancangan sedang dibuat Maizawati Zainal, 33, demi untuk mengharungi hidup sebagai ibu tunggal.

Selain mengusahakan bisnes tudung Myza Collection, Maiza juga dikatakan bercadang mahu menjual baju kebaya raya dan kek cokelat sempena Aidilfitri akan datang.

Dan yang terbaru, Maiza khabarnya dalam perancangan untuk menyanyi lagu nasyid pula. Baru-baru ini, ada sumber telah melihat dia menghadiri sebuah perjumpaan mesyuarat bersama beberapa pihak termasuklah dari Yayasan Pembanguan Nur Hikmah sendiri yang telah diketuai Dato' Ameer Soekre Ishak.

Perjumpaan itu telah diadakan bagi membincangkan secara terperinci tentang konsep album yang akan dihasilkan untuk Maiza nanti. Amboi, hebat betul Maiza sekarang ini. Dalam senyap-senyap, ada saja projek yang diusahakan oleh beliau kerana ramai sangat yang mahu membantunya.

Khabarnya, Maiza juga ditawarkan untuk berlakon dalam sebuah klip video. Tapi, tak pastilah Murai Batu klip video apa yang dilakonkan Maiza itu tapi yang penting, pintu rezekinya semakin terbuka. Begitulah sedikit sebanyak yang boleh Murai Batu kongsikan tentang perkembangan Maiza dan berharap semuanya baik-baik belaka.

Info : Mangga

Ogos 25, 2009

(Video) Pernikahan Ustaz Akhil Dan Waheeda


Ahkil didalam Metro Membuat kenyataan akan menyaman mana-mana blog yang sengaja membiarkan komen menghina Akhil dan isterinya.Blog mana la tue erkk :P zoom tau tapi malas nak bagi tau blog mana satu..Blog nie memang terlepas pandang komen pelawat.

Nak buat macam mana,kekadang ada user yang tak berdaftar pun boleh post.Tetapi komen yang berbaur penghinaan dan hasutan dapat di tapis atau delete jika tidak berkenaan.

Apa Pandangan Anda mengenai Video dan Saman Yang akan Ustaz Akhil !!!

Ogos 17, 2009

(Gambar) Waheeda Dan Akhil By Private Photo !!!


Gambar ni private nyer,Mamber Dak Opis zoom keje fotografi..DApatlah share kat u alls..ok la layan la gambar Pengantin kedua kat bawah ni ..Nak sambung keje jap..










(Hot News) Ustaz Akhil Dan Waheeda sah Dah Kahwin !!!!


KUALA KUBU BHARU: “Ana harap semua kemelut dan gosip dinoktahkan dengan ijab kabul. Ini (pernikahan) juga doa daripada kalian semua (wartawan),” kata penyanyi, pengacara dan penceramah bebas, Akhil Abdul Hai atau lebih dikenali sebagai Akhil Hayy selepas selamat diijab kabulkan dengan penyanyi Waheeda, semalam.

Akhil, 40, menganggap pernikahan mereka sebagai ketentuan Allah selepas berdepan dengan pelbagai tohmahan sebelum ini.

“Sebelum ini ana ada menyatakan senang dengan sikap dia (Waheeda) dan tuan punya dunia membuka pintu hati ana untuk kembali berumah tangga selepas berstatus duda.

“Ana tidak boleh kata tiada perasaan cinta (kepada Waheeda) kerana Allah mencampakkan ke hati setiap manusia rasa kasih sayang dan ini satu amanah berat kepada ana, bukan saja untuk membimbing Waheeda malah keluarga,” katanya ketika ditemui selepas majlis akad nikah mereka di Majlis Jamek Ar-Rahimah di sini, semalam.

Zoom Comment : Memang sah dah kahwin Ustaz dan waheeda,Semoga perkahwinan ini akan membuatkan segala gossip liar akan hilang.Kami warga zoom mendoakan semoga ustaz bahagia bersama isteri baru :P.

(Hot News) Ustaz Akhil Dan Waheeda Dah kahwin !!!


Seorang pembaca Satu website ni telah menghantar email mengenai pernikahan Akhil Hayy & Waheeda yang berlangsung di Kuala Kubu Baru, semalam. Mungkin Akhil Hayy ingin mengelakkan cerita liar kisah cinta’nya dengan Waheeda, sehingga mencemarkan namanya, lantas keputusan untuk berkahwin di Masjid Ar Rahimah dapat mengurang’kan sedikit persepsi negatif masyarakat terhadapnya.

Kesahihan cerita ini belulm dapat dipastikan,apa2 nanti zoom post..apa lagie komen la Citer ni..sure panas macam pisang goreng kat paper..!!

href="https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEiSTm9S0-RV7gEFf3rd9H53ORqn73Qh0f89WfZT4GpAZ2Db1B2-rlRfTAfmAYnNW-JlUfRhkp3CmHZRuDzm6v1TojSAHgxddTE1J9nmXAlSY9axC0RicsXuxpioIIJDiQuuHxYD7Zkk8HI/s1600-h/ah&w.jpg">

Ogos 07, 2009

(Gossip) Ustaz Suami Ke 2 Maiza ??


BEKAS isteri penyanyi dan penceramah Akhil Hayy, Maizawati Zainal tidak menolak sekiranya jodoh datang lebih awal.

Maiza yang baru-baru ini dilantik menjadi Duta Koleksi Tudung Myza berharap sinar baru akan datang menjengahnya tak lama lagi.
"Tak kisahlah siapa yang masuk meminang dulu. Saya akan timbangkan dan menerima," jelas Maiza.

Menurutcerita yang disampaikan dari sumber terdekat, jodoh Maiza dengan Akhiljuga berlangsung begitu rupa. Sebaik dia habis edah dengan suamipertama, Akhil terus masuk meminang Maiza.

Ketika itu, Maiza adalah janda beranak dua. Tapi kini, ibu jelita ini terpaksa menongkah arus dan pasrah dengan satu lagi perceraian.

Setelah 13 tahun mendirikan rumahtangga dengan penceramah bebas dan pakar motivasi juga dikenali dengan Ustaz Rock, pasangan ini terpaksa akur yang jodohmereka setakat ini saja. "Sebenarnya ustaz telah tinggalkan rumah selama 2 tahun bukannya 3 bulan seperti yang digembar gemburkan.Dua tahun itu juga, hidup saya merana dan terabai.
"Dugaan itujuga menyebabkan saya disindir dan diperli oleh orang sekeliling.Kesusahan itu jugalah membuat saya terpanggil untuk mencari sumber rezeki untuk menampung perbelanjaan anak-anak.

"Sebab itulah saya terima saja bila ada tawaran untuk menjadi duta," kata Maiza dengan suara yang tenang.
Maizatelah diceraikan pada 15 Julai dan hanya menerima sebanyak RM2 ribusebulan bagi nafkah edahnya. Dan hanya seorang saja anak Maiza, yangbongsu berusia 2 tahun berada di bawah jagaannya. Untuk itu dia menerima RM250 saja.
Tiga lagi anak Maiza berada dalam jagaan Ustaz Akhil.

Maiza kini tekad seandainya jodoh datang menyapa, dia akan lebih berhati-hati.
"Biarlahorang itu nanti lebih sayang saya. Dan kalau boleh tidak ada apa-apa halangan. Jika semuanya berjalan lancar, saya akan terima lamaran itu,"kata wanita berusia 33 tahun ini.

Jelasnya,"Saya bukan jenis memilih asal orang itu sayang saya dan betul-betul hargai diri saya dan anak-anak, saya akan terima. Kerja apapun saya tak kisah."
"Bila sampai jodoh itu, memang Allah akan bukakan pintu hati dan tiada halangan dari mana-mana pihak."
Pintu hati Maiza terus tertutup dengan sikap bekas suaminya.
"Walaupun dia hendak rujuk, saya tak mahu," kata Maiza.

Kinisetelah kemelut rumah tangganya sudah selesai, Maiza bangkit semula untuk menyambung perniagaannya yang terbengkalai selama 6 bulan.
Perniagaanyang diasaskan oleh Maiza sudah berusia 3 tahun dan menjual barang-barang seperti telekung, sejadah, tudung Myza, songkok danal-Quran.

Zoom Comment: Sama-samalah kita mendoakan semoga Maiza dipertemukan Dengan Jodoh Yang Akan Membahagiakannya..
Sesiapa yang berminat boleh terus hubungi Maiza di talian 0195425363 (Tasya).

Julai 16, 2009

Akhil Hayy Bercerai Talak Satu, Maizawati Tampil Bersahaja


IPOH 15 Julai – Penyanyi dan pendakwah, Akhil Hayy dan Maizawati Zainal sah bercerai talak satu selepas Akhil melafazkan talak di hadapan Hakim Mohd. Riduan Yusof, di Mahkamah Rendah Syariah di sini hari. Akhil, 40, kelihatan tenang melafazkan cerai terhadap Maizawati, 33, selepas kedua-dua bersetuju untuk berpisah secara baik. Maizawati yang anggun berjubah biru berbunga-bunga dan bertudung hitam juga dilihat bersahaja sebaik mendengar lafaz itu dan sempat memohon kemaafan daripada suaminya sebelum cerai dilafazkan. Sejurus selepas itu, mahkamah memerintahkan Maizawati menjalani tempoh idah selama tiga kali suci bermula hari ini. – Utusan

Zoom Comment : dah Satu Lagi artis kita bercerai...No comment korang la comment

Jun 26, 2009

(Gambar) Cantik nyer Maiza ni !!!!




Zoom Comment: Apa Pandangan Korang Mengenai Isteri Ustaz Ni,Zoom Rasa Memang Meletop :P Sure Ramai VIP2 Nak kan hehehhehe Gurau jer yerr Maiza n Ustaz,Apa Pun Ustaz Cuba La selamatkan Keluarga dan isteriiii tersayang anda.

Jun 03, 2009

(Gossip) Ustaz Akhil Dan Isteri Di Mahkamah



Maizawati ketika hadir di Mahkamah Syariah Ipoh pagi tadi untuk menghadiri kes tuntutan cerai yang difailkan tempoh hari terhadap suaminya, penyanyi/pendakwah Akhil Hayy.(Foto The Star oleh Zabidi Tusin)

IPOH: Kemuncak ketegangan rumahtangga pendakwah bebas dan penyanyi Akhil Hayy sampai ke penghujungnya hari ini di Mahkamah Rendah Syariah Ipoh jam 10.25 pagi.

Kes menuntut ‘kebenaran cerai’ yang dikemukakan oleh isteri Akhil, Maizawati Zainal, 33 telah didengar di hadapan Hakim Syarie Mahkamah Rendah Syariah Ipoh Mohd Ridhuan Yusof.

Maizawati diwakili dua peguam Azmi Rais dan Zulkifli Che Yong sementara Akhil pula tidak diwakili mana-mana peguam.

Maizawati membawa anak-anaknya ke mahkamah pagi tadi

Perbicaraan di dalam kamar itu sepatutnya didengar pada jam 10 pagi tetapi tertangguh selama 25 minit kerana menantikan kemunculan Akhil yang akhirnya hadir bersama dua sahabat yang bertindak seperti ‘pengawal peribadi’nya.

Hubungan kedua suami isteri ini kelihatan agak dingin apabila masing-masing tidak bertegur sapa dan bertanya khabar.

“Kehilangan’ Akhil selama 3 bulan dari rumah mereka juga tidak menampakkan apa-apa reaksi.

Maizawati membuat tuntutan cerai setelah suaminya Akhil Hayy tidak pulang ke rumah selama 3 bulan

Namun, sebagai seorang ayah, Akhil sempat melempiaskan rasa rindunya kepada anak bongsu mereka, Muhd Shatiri Hidayatullah berusia 2 tahun.

Maizawati, yang hadir bersama lima orang anak mereka, kelihatan agak tenang.

Kes yang berjalan lancar terpaksa ditangguhkan hingga 11 pagi dan bersambung selepas itu.

Walaubagaimanapun, disebabkan ada dokumen yang tidak lengkap untuk membuat urusan tuntutan, maka kes tuntutan cerai ini ditangguh ke 15 Julai.

Akhil kelihatan agak serius dan tidak begitu mesra. Setelah dikejar oleh beberapa wartawan akhirnya beliau akur untuk menjawab soalan yang diajukan.

Kelibat pendakwah dan penyanyi Akhil Hayy sememang dinanti-nanti oleh wartawan di perkarangan Mahkamah Rendah Syariah Ipoh pagi tadi

“Saya tak nak bagi komen. Saya akan selesaikan dengan cara paling makruf. Saya akan buat yang terbaik dan telah dinasihatkan jangan perbesarkan isu ini,” kata Akhil.

Namun di sebalik riak tenang di wajahnya, hos program ‘Cafe Akhil Hayy’ itu sempat juga memberi komen sinis…”Kalau sesiapa ada masalah boleh adu pada stesen TV.”

Akhil Hayy tersenyum riang ketiak sampai di mahkamah pagi tadi

Beliau juga berkata, ramai sahabat handai datang memberi nasihat dan sokongan moral kepadanya.

“Biarlah saya berbincang secara makruf. Saya tidak mahu membesarkan cerita ini,” kata anak kepada pendakwah terkenal ini.

Kemelut rumahtangga Akhil-Maizawati menjadi perbualan hangat dua minggu lepas apabila Maizawati setuju membuat pendedahan keretakan rumahtangganya di dalam program ‘Nasi Lemak Kopi O’ dan Wanita Hari Ini (WHI) di TV3 baru-baru ini.

Dalam kedua-dua program itu, Maizawati mengaku suaminya memang mempunyai hubungan dengan penyanyi Waheeda. Justru katanya, dia memberi kebenaran Akhil berkahwin lagi dan bersedia hidup bermadu.

Namun, dia tidak tahu apa status hubungan suaminya dengan Waheeda kini apabila Akhil sendiri sudah tiga bulan tidak pulang ke rumah. Maizawati berkata, dia hanya mengikuti perkembangan kisah suaminya itu menerusi media dan mengambil keputusan untuk bercerai dengan Akhil.

Apa pun, yang pasti pendedahan demi pendedahan yang dilakukan oleh Maiza telah menyebabkan kredibiliti suaminya sebagai pendakwah terjejas teruk.

Ini diakui sendiri oleh Akhil, apabila beliau dengan nada rendah diri berkata, “Kredibiliti dan imej saya sebagai pendakwah sudah terjejas,” kata Akhil.

Ditanya samada beliau akan teruskan niat melepaskan Maizawati, Akhil berkata, “Saya akan cuba buat keputusan yang terbaik.”

Maizawati telah membuat pendedahan tentang hubungan cinta suaminya, penyanyi Akhil Hayy dan Waheeda di stesen TV

Namun, pendirian Maizawati terhadap tuntutan cerainya jelas goyah.

Dia bagaikan bingung samada ingin meneruskan niatnya untuk membuat tuntutan cerai.

“Apa-apa pun tunggulah 15 Julai. Saya tak boleh cakap lagi. Ramai kawan-kawan yang nasihat jangan bercerai. Kata mereka kalau saya minta cerai, saya akan kelihatan seperti tewas…”

Bagaimana perasaan apabila ketemu semula suami selepas 3 bulan?

“No komen,” kata Maizawati sambil tersenyum.

Beliau juga berkata dia tidak ada masalah untuk bersemuka dengan Akhil.

Harapan pada kes tuntutan cerai pada kes ini?

“Tak boleh bagi penjelasan lagi…,” kata Maizawati.

Walaupun hakim memberi peringatan “Jangan sensasikan kes Akhil-Maizawati dan buat laporan untuk berita saja” - kenyataannya kisah rumahtangga personaliti seperti pendakwah terkenal Akhil Hayy dan dikaitkan pula dengan penyanyi Waheeda akan selalu menjadi berita panas yang dinanti-nantikan oleh peminat mereka

Mei 27, 2009

(Gossip) Ustaz Akhil Havy Gagal Di Hubungi ???


Seperti yang disiarkan Harian Metro (HM), kelmarin, Maizawati membuat pengakuan bahawa Akhil tidak pulang ke rumah untuk menjenguknya dan enam anak mereka sejak Februari lalu, menyebabkan dia mahu menuntut cerai.
Puas dihubungi bagi mendapatkan penjelasan, penyanyi yang muncul dengan dua album iaitu Nasyid Lagenda II dan Album Zikir Kembara Sufi di bawah syarikat rakaman Inteam Records itu tidak berjawab.
Masalah yang sama turut dihadapi rakannya juga Pengarah Urusan Inteam Records, Izham Mat Shah.

Katanya sewaktu dihubungi, mereka cuba menghubungi Akhil bagi mengetahui perkara sebenar tetapi sehingga kini usahanya itu gagal.Secara jujur saya, mahupun kakitangan di Inteam Records tidak mengetahui langsung mengenai perkara itu. Sudah tentu apabila membacanya dalam HM membuatkan kami semua terkejut.

Memang benar sepanjang berurusan, sesekali Maizawati ada menghubungi saya tetapi biasanya ia membabitkan urusan kerja dan tiada kena-mengena dengan perkara peribadi.
Biasanya Maizawati akan bertanya mengenai kerja rakaman yang dilakukan Akhil sama ada berjalan lancar atau tidak. Dia juga tidak pernah bertanya mengenai hubungan suaminya dengan Waheeda," katanya.

Bercerita lanjut mengenai usaha Akhil yang mahu membantu Waheeda menerbitkan album nasyid, kata Izham pihaknya tidak mengetahui perkembangan lanjut mengenainya.
Cuma sebelum ini dia ada berkata mengenai usahanya itu dan meminta kami membantu dari sudut rakaman dan pengedaran.

Izham mengakui apabila berita ini disiarkan, imej ditampilkan Akil selama ini sedikit sebanyak terjejas, lebih-lebih lagi apabila ramai peminat menghubungi Inteam Records dan mempertikaikan tindakannya itu.

Sementara itu Penerbit Cafe Akhil Hayy, Zahrul Alam sewaktu dihubungi menafikan pemilihan Waheeda sebagai pelakon pembantu dengan menjadi isteri Akhil untuk musim baru adalah kehendak penceramah bebas terbabit.
Sebenarnya ia bukan keputusan individu tetapi membabitkan semua pihak termasuk pengarah dan pihak Astro Oasis sendiri. Sebelum penggambaran dilakukan kami berbincang terlebih dulu bagi melihat kesesuaiannya dengan konsep rancangan," katanya.
Menjelaskan mengenai keserasian 'luar biasa' yang wujud antara Akhil dan Waheeda sepanjang rancangan Cafe Akil Hayy dilakukan, katanya perkara itu tidak berlaku.

Selaku penerbit saya jarang berada di lokasi, bagaimanapun apabila turun saya nampak hubungan mereka biasa saja. Akhil melayan Waheeda seperti rakan artis lain," katanya.
Menyentuh mengenai jumlah penonton untuk musim baru ini selepas timbul gosip cinta antara Akhil dan Waheeda, kata Zahrul pihaknya menggabungkan mereka berdua dalam satu rancangan bukan kerana mahu menaikkan rating.

Itu bukanlah tujuan kami. Lagipun sebagai penerbit saya belum menerima laporan membabitkan jumlah penonton untuk musim terbaru.
Bagaimanapun saya mengharapkan rancangan itu tidak menjadi bahan sensasi selepas timbul isu ini," katanya.

(Gossip) Wardina Dan Isteri Ustaz Akhil Di Harian Metro !!??


KUALA LUMPUR: Isteri kepada penceramah bebas, Akhil Hayy, Maizawati Zainal mengibaratkan dirinya seperti ‘bom jangka’ berhubung gosip suaminya dengan penyanyi berirama padang pasir, Waheeda.

Ketika ditemubual dalam rancangan Wanita Hari Ini (WHI) terbitan TV3 di sini, semalam, dia mengaku kini tidak mampu lagi menahan sabar hingga sanggup meluahkan ‘pemberontakannya’ melalui media dengan kemunculan pertama, Ahad lalu.

Maizawati menjelaskan bahawa kemunculannya di televisyen dan media cetak sebagai cara untuk menamatkan kekusutan yang berlaku.

“Tindakan saya membuat pengakuan di media bukan untuk memburukkan sesiapa, sebaliknya menutup semua cerita yang didengar dengan keputusan muktamad.

Info : Metro