Ogos 07, 2009

(Gossip) Ustaz Suami Ke 2 Maiza ??


BEKAS isteri penyanyi dan penceramah Akhil Hayy, Maizawati Zainal tidak menolak sekiranya jodoh datang lebih awal.

Maiza yang baru-baru ini dilantik menjadi Duta Koleksi Tudung Myza berharap sinar baru akan datang menjengahnya tak lama lagi.
"Tak kisahlah siapa yang masuk meminang dulu. Saya akan timbangkan dan menerima," jelas Maiza.

Menurutcerita yang disampaikan dari sumber terdekat, jodoh Maiza dengan Akhiljuga berlangsung begitu rupa. Sebaik dia habis edah dengan suamipertama, Akhil terus masuk meminang Maiza.

Ketika itu, Maiza adalah janda beranak dua. Tapi kini, ibu jelita ini terpaksa menongkah arus dan pasrah dengan satu lagi perceraian.

Setelah 13 tahun mendirikan rumahtangga dengan penceramah bebas dan pakar motivasi juga dikenali dengan Ustaz Rock, pasangan ini terpaksa akur yang jodohmereka setakat ini saja. "Sebenarnya ustaz telah tinggalkan rumah selama 2 tahun bukannya 3 bulan seperti yang digembar gemburkan.Dua tahun itu juga, hidup saya merana dan terabai.
"Dugaan itujuga menyebabkan saya disindir dan diperli oleh orang sekeliling.Kesusahan itu jugalah membuat saya terpanggil untuk mencari sumber rezeki untuk menampung perbelanjaan anak-anak.

"Sebab itulah saya terima saja bila ada tawaran untuk menjadi duta," kata Maiza dengan suara yang tenang.
Maizatelah diceraikan pada 15 Julai dan hanya menerima sebanyak RM2 ribusebulan bagi nafkah edahnya. Dan hanya seorang saja anak Maiza, yangbongsu berusia 2 tahun berada di bawah jagaannya. Untuk itu dia menerima RM250 saja.
Tiga lagi anak Maiza berada dalam jagaan Ustaz Akhil.

Maiza kini tekad seandainya jodoh datang menyapa, dia akan lebih berhati-hati.
"Biarlahorang itu nanti lebih sayang saya. Dan kalau boleh tidak ada apa-apa halangan. Jika semuanya berjalan lancar, saya akan terima lamaran itu,"kata wanita berusia 33 tahun ini.

Jelasnya,"Saya bukan jenis memilih asal orang itu sayang saya dan betul-betul hargai diri saya dan anak-anak, saya akan terima. Kerja apapun saya tak kisah."
"Bila sampai jodoh itu, memang Allah akan bukakan pintu hati dan tiada halangan dari mana-mana pihak."
Pintu hati Maiza terus tertutup dengan sikap bekas suaminya.
"Walaupun dia hendak rujuk, saya tak mahu," kata Maiza.

Kinisetelah kemelut rumah tangganya sudah selesai, Maiza bangkit semula untuk menyambung perniagaannya yang terbengkalai selama 6 bulan.
Perniagaanyang diasaskan oleh Maiza sudah berusia 3 tahun dan menjual barang-barang seperti telekung, sejadah, tudung Myza, songkok danal-Quran.

Zoom Comment: Sama-samalah kita mendoakan semoga Maiza dipertemukan Dengan Jodoh Yang Akan Membahagiakannya..
Sesiapa yang berminat boleh terus hubungi Maiza di talian 0195425363 (Tasya).